Clare Rewcastle Brown bersama Peter John Jaban giat mendedahkan kekayaan luar biasa Taib Mahmud |
Taib Mahmud adalah antara orang "Terkaya Dunia"
Posted by Love Perak | Monday, February 28, 2011 | 1 comments »Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.
Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.
"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.
Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.
"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.
“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.
“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.
Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.
Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.
“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.
Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.
“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.
Menyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.
Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.
“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.
Sementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.
Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.
“Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.
“Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out,” katanya.
Menurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.
“Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.
“Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir,” katanya.
Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .
“Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.
“Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.
“Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi,” akhir azmin dalam kenyataannya itu.
Kesepakatan Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
Posted by Love Perak | Thursday, February 24, 2011 | 0 comments »
Sampel DNA Diambil Dari Tubuh Saiful Sebelum Laporan Polis Dibuat?
Posted by Love Perak | Wednesday, February 23, 2011 | 0 comments »Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun.
Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.
Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA ‘lelaki Y’ yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini. Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.
Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma Saiful DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.
Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.
Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku ‘cubaan liwat’ dan oral seks’, yang mana menimbulkan persoalan.
Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa. Berikut kronologi perbicaraan hari ini:
10.55 pagi – Hadirin di mahkamah kelihatan ketawa kecil apabila Nor Aidora sendiri menawarkan bahan bukti tersebut untuk diperiksa pendakwa dan peguam bela.
Sampul D1 mengandungi sebatang berus gigi. Ia ditanda sebagai ID58. Menurut Nor Aidora, beliau mencalit bahagian bulu dan pemegang berus gigi untuk mendapatkan sampel.
10.47 pagi – DPP Noorin dan Nor Aidora menandakan bahan bukti. Sampul D mengandungi sehelai rambut di atas kertas putih ditanda sebagai ID57.
11.02 pagi – Sampul D2 mengandungi tuala ‘Good Morning’ dengan rambut. Rambut ditanda sebagai D2(a). Sampul D2 ditanda sebagai ID59. Tuala ‘Good Morning’ ditanda sebagai ID59(a). Rambut D2(a) ditanda sebagai ID60.
11.18 pagi – Sampul D3 mengandungi botol air mineral jenama ‘Cactus’. menurut Aidora, sampel DNA diambil dari bibir botol itu. Ia ditanda sebagai bahan bukti ID61.
10.36 pagi – Menurut Aidora, pada 17 July 2008 beliau menerima 4 sampul surat bertanda D, D1, D2, dan D3 daripada pegawai penyiasat, DSP Judy Blasious Pereira.
10.33 pagi – Mahkamah bersidang semula.
10.12 pagi – Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kelihatan di luar mahkamah bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9.35 pagi – Mahkamah ditangguhkan kerana Sankara mahu pasukan peguam Anwar diwakili Karpal Singh untuk menyoal balas Nor Aidora. Karpal Singh dilaporkan dalam perjalanan daripada satu lagi kes di Shah Alam.
9.03 pagi – Mahkamah diteruskan dengan memanggil saksi keenam pendakwa, Nor Aidora Saidun. Beliau masuk ke kandang saksi mengangkat sumpah dan memberi keterangan.
Nor Aidora merupakan Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008. Beliau menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998. Menurutnya, selama hampir 13 tahun beliau sudah mengendalikan hampir 100,000 sampel DNA.
8.53 pagi – Mahkamah mula bersidang bagi mendengar keterangan saksi ke lima, Pakar kimia dari Jabatan Kimia Dr Seah Lay Hong.
Timbalan Pendakwaraya DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah berkenaan label tarikh pada sampel B4 dan B5. Menurut Dr Seah, sampel sampai ke makmal Jabatan Kimia dalam keadaan baik. Maka, walaupun tarikh berbeza daripada laporan polis (2 hari lebih awal daripada tarikh laporan polis), Jabatan Kimia tetap menerima sampel.
Suara Keadilan Muncul Kembali, Isu Panas!
Posted by Love Perak | Tuesday, February 22, 2011 | 0 comments »Ceramah Ummi Hafilda dihadiri puluhan ribu manusia!
Posted by Love Perak | Monday, February 21, 2011 | 3 comments »Ceramah yang bertajuk Jom Bngkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak..
Ceramah itu diadakan di Arena Square, Batu Gajah.. Walaupun tempat itu boleh dipenuhi ribuan orang, namun hanya 'seciput' sahaja yang hadir. Sepatutnya ceramah itu disertai oleh Gobalakrisnan dan Rahimi Osman. Tetapi mereka tidak hadir. Hanya si puaka Hafilda yang hadir, beliau ditemani oleh Kak Midah Sungai Rapat.
Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.
Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.
Secarapa pandangan saya, orang langsung tidak percaya si Hafilda ini. Hanya puak-puak UMNgOK yang tengin. sudah-sudah la Ummi Hafilda.. Taubatlah!!!
SERONOK mengingatkan cerita dari kes liwat DS Anwar. Saiful mendakwa berlaku seks oral secara paksa. Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka." Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
Sebelum ini, Saiful ada memberitahu beliau tidak mencuci anusnya demi untuk menyimpan bukti. Semalam Doktor Khairul Nizam memberitahu, selain dari mengambil spesimen dalam mulut Saiful, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain kerana Saiful memberitahunya bahawa beliau telah mencuci dan membersihkan diri.
Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti. Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.
Jika otak kita waras, kita boleh berfikir dan boleh menilai cerita yang berbagai version ini (pinjam kata DS Anwar). Semakin berserabut nampaknya. Walau bagaimana serabut sekalipun, ada minat pihak tertentu untuk meneruskan cerita ini. Kenapa mesti diteruskan? Ya, cerita ini mesti diteruskan sehingga ke noktah terakhir kerana insan yang terlibat itu adalah DS Anwar.
Bagaimana dengan cerita mereka yang bukan bernama Anwar? Kisah penglibatan kes Altantuya? Kes Amah Indonesia? Kes raba gadis di Rompin? Kes di Hotel Port Dickson? Kes rogol gadis bawah umur di Melaka sehingga Lim Guan Eng jadi mangsa? Persetankan itu semua kerana ianya tidak melibatkan DS Anwar.
Karpal Singh "Robek" Pasukan Saiful di Mahkamah
Posted by Love Perak | Wednesday, February 16, 2011 | 1 comments »Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.
Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.
"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.
Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.
Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.
Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.
Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.
"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?” soal Karpal.
Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.
Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.
Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.
Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.
Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.
'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.
"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.
Seorang ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Dr Siew Sheue Feng berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka," lapor Bernama.
Siew berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
Doktor berkenaan berkata, beliau seterusnya telah mengambil spesimen daripada tekak dan lidah Saiful, menurut laporan itu lagi.
Doktor berkenaan juga berkata, beliau telah mencatat butiran mengenai dakwaan tersebut.
Tambahnya, Mohd Saiful turut mendakwa tidak dapat duduk selama dua hari akibat perbuatan seks tanpa rela.
Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung.
Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk. Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah.
Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu.
Terkini - Adun BN Kerdau Meninggal Dunia
Posted by Love Perak | Saturday, February 12, 2011 | 1 comments »'Makam Pahlawan Kerala' Penghargaan Buat Mahathir Mohamad
Posted by Love Perak | Thursday, February 10, 2011 | 3 comments »Bukan saya suruh tangkap, polis yang nak.. !! Brengsek punya mamak... hang dah suruh pastu tak mengaku.. ! |
Mamak Kerala tu cakap... dia tak suruh tangkap dan dia telah berjumpa dengan semua pemimpin pembangkang ketika itu serta dia beri jaminan tiada tangkapan akan dilakukan terhadap pemimpin pembangkang.
Malaun Kerala tu cakap yang buat spoil kes ini ialah Polis.... pukitiang punya mamak ini cakap... dia ada cara dan akan buat kaedah lain.... tapi Polis lah yang mangkok berayun sangat pegi buat tangkapan tu... Cilaka betul la polis ni...
Kalau tak caya.... betul ke tak Mamat Kerala tu cakap gitu.... baca kat sini...
Akhir kata.... memang kalau dah spesis mamak tu... mamak la jugak.... kari kalau tak hangat 4 kali... dah lama kedai mamak bungkus.. !
Bukan saya cakap... tapi ada sedara dia cakap.... kalau mamak ni mati... mesti dibawa balik ke India.... tanam di Makam Pahlawan Kerala.
Bacakan talkin untuk Mamakutty ~~ bebal, baqhral dan songsang..
Harga Kereta, Rumah lebih murah jika Pakatan Rakyat Memerintah
Posted by Love Perak | Tuesday, February 08, 2011 | 2 comments »Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.
Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.
"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.
"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.
Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.
Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.
Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.
"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.
Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.
Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).
Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.
"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.
Tenungan Yang Membuatkan Urat Taib Menjadi Tegang!
Posted by Love Perak | Monday, February 07, 2011 | 2 comments »Laporan asal oleh blog Kerajaan Rakyat
Tenungan wanita berusia 31 tahun, (44 tahun lebih muda darinya) membuatkan setiap urat ditubuh Taib Mahmud menjadi kejang, kapla lututnya turut menggigil.. !!
... jawapannya di sini
Laporan Asal oleh Karat E-jau
Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.
"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.
"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.
Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.
Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.
"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.
Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.
Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.
Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.
Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.
"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?’ Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.” [Riwayat Muslim]
"Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baik kebijaksanaannya digunakan untuk Islam."
- Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..). Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – (Surah al-Nur, ayat 24)
- Asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.
- Apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
- Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Suka saya jelaskan, Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Firman Allah SWT: “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)."(Surah al-Baqarah, ayat 36). Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Rakyat Malaysia Patut Bangkit Seperti Rakyat Mesir, Humbankan Regim Umno/BN
Posted by Love Perak | Wednesday, February 02, 2011 | 8 comments »AMERIKA DAN BARAT GUSAR KEBANGKITAN RAKYAT DI MESIR
Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.
"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.
Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.
Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.
Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.
Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.
Kerajaan Selangor atur pelan tindakan bawa pelajar keluar
Posted by Love Perak | Tuesday, February 01, 2011 | 0 comments »SHAH ALAM, 1 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama dengan Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan para pelajar Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang tidak stabil sekarang.
Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan soal itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar negeri itu di sana.
Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini juga bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.
Ini kerana, kebanyakan pelajar Selangor di Mesir adalah pelajar jurusan agama dan mendapat pinjaman atau bantuan dari Pusat Zakat Selangor.
"Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan," kata Halimah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, PAS dan PKR telah mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua pelajar Malaysia di sana kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi.
Ini ekoran dari tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri dengan cara merompak dan mengganggu pelajar Malaysia di sana selepas polis tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.