http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nasib Anwar Ibrahim...

Posted by Love Perak | Thursday, February 17, 2011 | 4 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS
SERONOK mengingatkan cerita dari kes liwat DS Anwar. Saiful mendakwa berlaku seks oral secara paksa. Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka." Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
NONE
Maka, pemeriksaan di dalam mulut Saiful dibuat untuk mengambil spesimen. Masih adakah lagi `bahan bukti' yang boleh ditemui di dalam mulut Saiful ketika itu? Adakah Saiful tidak pernah menggosok gigi, makan atau minum selepas sahaja beliau dipaksa melakukan `seks oral' sehingga beliau berjumpa doktor berkenaan? Mari kita berfikir.

Sebelum ini, Saiful ada memberitahu beliau tidak mencuci anusnya demi untuk menyimpan bukti. Semalam Doktor Khairul Nizam memberitahu, selain dari mengambil spesimen dalam mulut Saiful, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain kerana Saiful memberitahunya bahawa beliau telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti. Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.

Jika otak kita waras, kita boleh berfikir dan boleh menilai cerita yang berbagai version ini (pinjam kata DS Anwar). Semakin berserabut nampaknya. Walau bagaimana serabut sekalipun, ada minat pihak tertentu untuk meneruskan cerita ini. Kenapa mesti diteruskan? Ya, cerita ini mesti diteruskan sehingga ke noktah terakhir kerana insan yang terlibat itu adalah DS Anwar.

Bagaimana dengan cerita mereka yang bukan bernama Anwar? Kisah penglibatan kes Altantuya? Kes Amah Indonesia? Kes raba gadis di Rompin? Kes di Hotel Port Dickson? Kes rogol gadis bawah umur di Melaka sehingga Lim Guan Eng jadi mangsa? Persetankan itu semua kerana ianya tidak melibatkan DS Anwar. 

4 comments

  1. Anonymous // February 17, 2011 at 7:41 PM  

    Cerita amat jelas...Saiful basuh semua bahagian kecuali anus....apa yg keliru sangat?....kalau otak dah dicuci anwar bukti depan mata pun tak percaya...Allah pasti akan buka tabir suatu hari nanti......

  2. Anonymous // February 18, 2011 at 8:48 AM  

    dunia perundangan dan kehakiman dinegara 1malaysia adalah dunia undang undang hutan rimba belantara.jadi apa yang hendak dihairankan,yang wajib serta pasti ialah yang lemah akan dimamah,yang melawan akan ditawan dan yang berani akan dibaculkan.mahafiraun dan anak pinak serta kuncu kuncunya sahaja akan terus hidup mendabik dada,bermewahan sehingga tak dapat dikira.segala kekayaan yang ada telah diwartakan oleh rakyat warga rimba adalah hak mereka.tak percaya?tanyalah spr dan peti besi peti undi..

  3. Anonymous // February 20, 2011 at 9:23 AM  

    bukti depan mata apa???..memang dah fitnah ..fitnah juga...mula kata kena lewat..lepas tu timbul pula cerita baru ..percubaan meliwat...kahahkahah..org yang percaya dgn cerita saiful sama dgn percaya certa dongeng JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK...hey bro!..dulu pun sama..kes azizan...entah ke mna pergi...tak serik2 buat helah...ko semak balik kes liwat azizan...apa buktinya..100% fitnah..org yg nak jatuhkan DSAI mmg otak pengotor dan gilak seks oral/lewat..cerita altantuya smpai skarang senyap...sbbnya hahaaa..ko sendiri tau..

  4. Anonymous // February 21, 2011 at 12:20 PM  

    Kimak korang si juburi ni dah meliwat korang masih menjilat, oi kimak hantar la sedara mara korang yang jambu tengok si juburi tu sesah di ke tak?

There was an error in this gadget