http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nik Aziz Terus Menyerang UMNO. UMNO semakin hilang arah!

Posted by Love Perak | Wednesday, July 08, 2009 | 2 comments »

Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

NONE"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Pada 25 Jun lalu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz yang didakwanya menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya.

Bercakap kepada media, Anuar juga dilaporkan menggesa Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Bercakap di hadapan 2,000 penyokong dalam keadaan hujan renyai-renyai, Nik Aziz sekali lagi menggesa Umno menukar dasar kebangsaan yang didakwanya diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.

manek urai by election anwar and nik aziz ceramah 080709 02Nik Aziz juga mendakwa Umno telah melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya "nyanyuk" tetapi tidak memberikan hujah balasnya.

"Dia (Umno ) marah kita macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah. (Mereka) main kata. (Kata) nyanyuk. Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, hendak pelepas geram orang kata...

"Lepas geram ni tak payah. Lepas geram ini tanda orang lemah. Macam bini tua dengan bini muda, (kena) tampar. Sebab dia tua, marah bini muda. Perangai orang tua nak balas, panas sangat dengan bini muda," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa turut hadir dan berucap dalam majlis ceramah itu.

-kerabubersuara

2 comments

  1. Anonymous // August 15, 2009 at 11:21 PM  

    INGIN KU KATAKAN KPD PARA PEJUANG (ISLAM)
    JUGA INGIN AKU AJUKAN PERTANYAAN
    KPD PENDAKWH2 MERATA DUNIA
    DIANTARA KALIAN ADA YG SUDAH BERJUANG
    PULUHAN LAMANYA
    SELAMA SAUDARA BERJUANG SUDAH BERAPA ORANG YG SAUDARA ISLAMKAN?
    DIANTARA ORG ISLAM PULA, BERAPA RAMAI YG TIDAK BERSOLAT LALU BERSOLAT?
    YG SUDAH BERSOLAT BERAPA RAMAI PULA YG SOLATNYA MENDATANGKAN KESAN?
    MEMBERI KESAN DIDALAM PERIBADINYA,
    DIDALAM KELUARGANYA, DIDALAM TINDAKANNYA, DIDALAM PERGAULANNYA?
    KALAU ADA YG INSAF, KEMUDIAN MENYERAH DIRI KPD KALIAN, MAMPUKAH SAUDARA MEMBERI TEMPAT KPD MEREKA UTK HIDUP SECARA ISLAM?
    JIKA SAUDARA TIDAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN YG MEMUASKAN, INGIN AKU BERTANYA, SELAMA INI APAKAH YG SAUDARA PERJUANGKAN?
    APAKAH YG SAUDARA CAKAPKAN SELAMA INI?
    APA DAKWAH YG SAUDARA LAKUKAN?
    KEMANA SAUDARA AJAK ORG RAMAI?
    KEPADA ALLAH? KEPADA DIRI? KEPADA PARTI? KEMARAHAN? ATAU HOBI?
    AKU HARAP NILAILAH PERJUANGAN SAUDARA!
    TAKUTILAH ALLAH DIDALAM SETIAP PERKATAAN.
    INGATLAH ALLAH DIDALAM PERJUANGAN.
    AGAR PERJUANGAN KITA DIREDHAI ALLAH.
    BUKANNYA UTK MENGHENTAM ORG.
    AGAR ISLAM ITU ADALAH ISLAM KEBENARAN, BUKANNYA ISLAM IDEOLOGI..

    (SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD - yg dituduh sesat tapi Allah beri rezeki 400 cawangan perniagaan seluruh dunia)

  2. Anonymous // August 5, 2012 at 5:39 PM  

    Apalah punyer bebal Nik Ajis nii, kalu UMNO sesat dh lama Malaysia sembahyang Jumaat hari Sabtu ( sila rujuk kerajaan Azerbaijan yg 90% berugama Islam tp terpaksa tunduk pd pemerentah yg bukan Islam )dan baru2 ni mengistiharkan sembahyang Jumaat dibuat pd Sabtu kerana membazirkan masa bekerja.
    Inilah yg akan trjadi jika PR memerentah nanti (akan ambil masa) apabila kuasa politik org Melayu/Islam terus lemah akibat berpecah belah sesama sendiri.