http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Samy Vellu = Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari

Posted by Love Perak | Sunday, July 26, 2009 | 0 comments »

MIC satu-satunya parti politik di Malaysia yang terbilang kerana pemimpin nombor satunya Samy Vellu masih dikira sangat hebat oleh ahli-ahlinya.

Malah satu ketika dahulu Samy dianggap sebagai tuhan oleh masyarakat Tamil India di Malaysia.

Terbaru Samy menganggap "MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas naib presidennya Datuk S.S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, bagi Muhyiddin Yassin pula beliau meminta parti komponen BN tidak memandang ringan isu penghijrahan pemimpin-pemimpin mereka ke parti lain.

Pemerhati politik beranggapan, Samy dianggap sebagai pemecah perpaduan kaum India sehingga menyebabkan banyak parti-parti kaum itu tumbuh dan banyak lagi akan diwujudkan dalam waktu terdekat ini.

MIC hanya akan kerugian apabila dunia kiamat. Betulkah dunia MIC akan kiamat apabila Samy seorang sahaja sudah tidak ada di dalam MIC ?

Samy merasakan dia adalah segala-galanya dalam MIC biarpun masyarakat Tamil sudah mula sedar bahawa Samy ibarat rumah kata pergi, kubur kata mari.

Sebut sahaja Samy sekarang ini, masyarakat Tamil boleh membayangkan betapa tertinggal dan dukanya mereka dalam segenap segi angkara presiden parti mereka itu.

Hidup segan mati tak mahu. Siapa lagi jika bukan dia.

0 comments