http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Polis cari siapa empunya sampel DNA di pakaian Teoh

Posted by Love Perak | Wednesday, July 29, 2009 | 0 comments »

Dua sampel DNA lelaki dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam negara untuk membantu inkues kematiannya.

Satu sampel dikesan di bahagian belakang baju kot bekas setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, exco kerajaan Selangor, dan satu lagi sampel DNA ditemui di tali pinggangnya, kata Tan Hock Chuan.

Beliau tidak menjelaskan sama ada dua sampel itu daripada individu yang sama.

Polis telah menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA di pakaian Teoh dan sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematiannya, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan.

0 comments