http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Katak Terbaru di Perak!

Posted by Love Perak | Tuesday, June 15, 2010 | 2 comments »

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, sebentar tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.


LovePerak: tudia cantiknya...dah ada 4 katak...kalau betul 3 adun bn keluar...jadi 7 katak... memang perak darul katak lah macamni... alahai zambry kadir... bubarkanlah dun... negeri dah huru hara... apa guna adun bebas banyak2...

2 comments

  1. Anonymous // June 15, 2010 at 4:08 PM  

    woi....silap hari ADUN bebas pula memerintah perak..

  2. art // June 15, 2010 at 5:47 PM  

    kalo bebas memerintah...abg jamal jd MB haha..