http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mahathir dapat Bayaran Cash semalam?

Posted by Love Perak | Saturday, June 05, 2010 | 3 comments »

Oleh: ulitmayang

"Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politik mereka kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga.Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu,"

Selama 22 tahun pemerintahannya , dan selepas 6 tahun beliau ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ melepaskan semua jawatan dalam kerajaan sebagai PM dan dalam parti sebagai Presiden UMNO, semalam beliau menerima satu lagi balasan dari Allah swt secara COD – CASH ON DELIVERY , cuma Tuhan menangguhkannya , dan mengaggihkan nya satu persatu – satu sehingga nyawanya dipisahkan dari badannya yang masih sihat dan katanya tidak perlu bertongkat untuk berjalan.

Sehingga kini , sudah banyak hasil kerja tangan dan kerajinannya selama 22 tahun itu sudah berikan habuan yang setimpal , tanpa mengurangkan sedikit pun. Itulah keadilan Allah.

Beliau terpaksa menerima hakikat , hari ini orang – orang Melayu sudah terbelah bagi , sebenarnya bukan kepada tiga [ 3 ] , tetapi kepada dua [2]. Entah dimana beliau belajar metamatik tak tahu lah !!!

Adakah beliau jahil dalam ilmu politik Malaysia ?

20 % yang dikatakan dimiliki UMNO , kita tidak nafikan. Tetapi 20% kat dalam PAS dan 20% kat dalam PKR itu adalah milik satu pakatan , iaitu Pakatan Rakyat. Jadi daripada 60% orang Melayu tu , 40% sudah bersama Pakatan Rakyat , dan yang tinggal dengan UMNO cuma 20% sahaja.

Beliau sebenarnya tidak perlu susah hati , jangan risau lah , ini kerana 40% orang Melayu yang bersama PR jauh lebih berkualiti [ kecuali beberapa kerat pemimpin2 dalam PKR ] berbanding dengan 20% yang ada dalam UMNO. Orang – orang Melayu sebenarnya semakin bersatu , bukan dalam BN tetapi dalam PR.

Usaha beliau selama ini untuk meletakkan semua orang Melayu di bawah tapak kakinya , dan juga komponen parti dalam BN menemui kegagalan , seperti yang terbaru juga MIC baru sedar mereka adalah mangsa 'PEMBUNUHAN POLITIK' UMNO.

Kalau orang - orang Cina di Semenanjung sudah lari , Sarawak juga sudah memberikan isyarat jelas dan amaran keras dari Sibu , Sabah pun juga menunggu masa saja , begitu juga orang - orang India sudah mencampakkan MIC ke Lautan Hindi , adakah orang - orang Melayu akan kembali menyokong UMNO dan BN ?

Hakikatnya , itulah yang Mahathir rasai kini.

Tolong bagi tahu kat Mahathir , orang – orang Melayu Alhamdulillah semakin insaf dan sedar kini !!!

3 comments

  1. Anonymous // June 5, 2010 at 7:54 PM  

    awak tak layak nak komen pasal mahathir .. jauh panggang dari api ... bagai langit dgn bumi ... mahathir tu dah terajui negara selama 22 tahun ... awak baru nak buka blog ... jangan jadi banggang dan bahalol ....

  2. Raja Pdg Kota // June 13, 2010 at 11:45 PM  

    aku setuju dengan hang.. baru tumbuh bulu pahat, dah pandai ckp..

  3. Anonymous // October 6, 2010 at 10:20 AM  

    selama 22 tahun kerja merosakkan dan membodohkan org melayu... lama memerintah bukan bermakna org tuh bgus.. susa la kalo ckp dgn generasi taklid buta nih...