http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tiada lagi lompat parti di Perak - DS Nizar

Posted by Love Perak | Saturday, June 19, 2010 | 0 comments »

KUALA TERENGGANU: - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yakin tidak berlaku lompat parti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di Perak selepas ini.:

Beliau mendakwa, apa yang berlaku sebelum ini berkemungkinan tindakan pihak tertentu mempunyai maklumat mengenai kelemahan ADUN Pakatan Rakyat (PR) sehingga bijak ‘memerangkap’ mereka.

Beliau turut percaya apa yang berlaku terhadap ADUN Malim Nawar, K Keshvinder Singh akibat diperangkap dan terpaksa mengisytiharkan diri wakil Bebas dan menyokong UMNO.

“Memanglah kita sebagai PR kita tidak diberi kemudahan untuk membantu rakyat maka kita terpaksa menggunakan wang daripada kocek-kocek ahli-ahli kami dan parti, jadi perkara itu dijadikan sebagai alasan, sepatutnya awal-awal lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ceramah Perdana ’UMNO Pengkhianat Melayu’ di Pasar Chabang Tiga, semalam.

Nizar berkata, beliau tidak menolak ia berkemungkinan Keshvinder diperangkap berhubung wang RM45,000 yang dikatakan telah digelapkan oleh kakitangan di firma guamannya.

Menurutnya, kenyataan Kesh vinder berhubung pengisytiharan keluar DAP mungkin bukan alasan sebenar.

“Yang itu mungkin dia telah disediakan skrip untuk dibaca dalam sidang akhbar, itu (keadaannya) agak menggigil sebab dia baca dan apa yang dikatakan itu kita nafikanlah,” katanya.

Sementara itu, pihaknya juga telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan perkara itu dengan pimpinan PR di Perak untuk diperjelaskan kepada rakyat selain turut mengadakan perjumpaan setiap bulan dalam mengukuhkan part.

0 comments