http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kes Panas?

Posted by Love Perak | Saturday, August 22, 2009 | 0 comments »

KERUNTUHAN Moral pemimpin Barisan Nasional semakin terserlah terutama apabila melakukan jenayah di luar negara, namun terhidu kerana bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai surat khabar!

Sehubungan itu, rakyat mendesak Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri menjalankan siasatan rapi berhubung laporan The Jakarta Post terbitan 8 Ogos 2009.

"Kita mahu tahu siapa dalang di sebalik kematian Puteri UMNO Sabah, Alimida Zakaria yang dilaporkan meninggal dunia selepas menjalan pengguguran haram di Setia Abadi Klinik, Jakarta, Indonesia," ujar Razak bahawa kematian Alimida adalah permulaan sebuah episod menarik di Sabah kerana dimaklumkan bahawa teman lelaki mangsa adalah anak saudara terdekat Pembesar Negeri Sabah.

Walaupun kejadian tersebut berlaku di luar negara, namun kita mahu polis menjalankan siasatan sama ada Pembesar Negeri terlibat dalam insiden pengguguran anak berkenaan atau dilakukan oleh mangsa atas kerelaan sendiri kerana desakan alamiah.

Bagaimanapun kita enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Polis menangani isu ini secara bijaksana kerana menglibatkan kejadian jenayah.

Siasatan Sabahkini.net mendapati teman lelaki mangsa adalah Perwakilan Pemuda UMNO Sabah berusia 27 tahun merupakan penolong Pengurus kewangan sebuah GLC kerajaan Negeri dan anak kepada Pakar Perubatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah Pusat Perubatan dan juga Pegawai Eksekutif di sebuah GLC Kementerian Kewangan Sabah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada teman lelaki mangsa adalah dalang di sebalik jenayah ini kerana menglibatkan dua jiwa terkorban sekaligus atau lelaki lain kerana polis Indonesia masih menjalankan siasatan.

Kepala Aparat Polis Jakarta Timur, Komander Kanan Hasanuddin ketika dihubungi melalui telefon mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Persahabatan Rawamangun, Jakarta akibat kehilangan darah yang terlalu banyak.

"Pihak kepolisian masih menjalankan siasatan dan akan mengungkap kepada Bapak Kedutaan Malaysia di Jakarta. Maaf Pak, Nggak bisa diumum hasil autopsi," ujar Hasanuddin yang telah menyerahkan maklumat kepada keluarga mangsa.

Hasanuddin enggan menjelaskan apakah jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga mangsa atau masih dalam jurisdiksi Polis Indonesia.

Bagaimanapun, menurut maklumat daripada sumber dalaman Hospital Rawamangun dan Polis Jakarta Timur, identiti DNA tersangka telah diperolehi, namun tidak dapat disahkan sama ada Polis Indonesia akan mendakwa bekas teman lelaki mangsa atau hanya Pembantu Klinik yang bernama Lusi yang menjalankan pengguguran haram berkenaan sebanyak tiga kali terhadap mangsa yang sama.

Buat masa ini Lusi masih ditahan dan perbicaraan masih berjalan, namun belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada akan memanggil saksi daripada Malaysia.

Sebelum kes yang memalukan ini, Sabahkini.net turut mengesan seorang Pembesar Negeri Sabah pernah memaksa anaknya menggugurkan kandungan hasil anak luar nikah di sbeuah Klinik Swasta di Malaysia dan menikahkan anaknya dengan adik seorang Menteri Kanan.

Kami terima Artikel ini dari email. tidak dapat disahihkan berita ini benar atau tidak...

0 comments