http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bukan Nazri saja nak, kita pun nak - Nik Aziz

Posted by Love Perak | Wednesday, December 09, 2009 | 1 comments »

[DSC00685.jpg]
Kelantan sahut cabaran bawa isu royalti ke mahkamah

KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

1 comments

  1. azman kamarul // December 9, 2009 at 10:17 PM  

    Mudah-mudahan mejadi kenyataan apa yang Tok Guru katakan itu...kita sokong 100% supaya isu ini dibawa ke mahkamah..walaupun sukar untuk menang tetapi biar dunia tahu bahawa pemerintah negara ini...raja pembelit nombor wahid.