http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kita sudah bersedia untuk menggantikan BN pada 2011 - Lim Guan Eng

Posted by Love Perak | Tuesday, December 22, 2009 | 0 comments »

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa partinya membuat persediaan mulai sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pihaknya meramalkan kemungkinan diadakan pertengahan 2011.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di sini semalam.

Mandat semasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kecuali Sarawak hanya akan berakhir April 2013.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya Akta Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun tersebut.

"Kami tidak bodoh, kami tahu bagaimana mereka bertindak. Mereka tidak akan mengadakan pilihan raya selepas melaksanakan GST," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

Lim dalam ucapannya pagi ini mengulangi pendirian Pakatan Rakyat dalam isu tersebut dengan mengatakan bahawa ia akan membebankan rakyat akhirnya.

"Jadi kita mesti bersedia untuk mengubah kerajaan BN yang korup dan kita sudah bersedia," katanya.

0 comments