http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

KJ & Zahid berpakat untuk jatuhkan Najib

Posted by Love Perak | Tuesday, December 29, 2009 | 0 comments »

Oleh: nuraflah

"Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

0 comments