http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Haramkan Utusan!!!

Posted by Love Perak | Friday, December 11, 2009 | 1 comments »

Saya menggesa pihak berkuasa mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana terbukti ianya terus menerus memainkan isu perkauman dan agama untuk kepentingan tuannya iaitu Umno. Dalam isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini, media sekali lagi memutar belitkan fakta.

Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak.
Terbukti Utusan Malaysia sengaja memutarbelitkan isu ini supaya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat ant di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Sesungguhnya tindakan Utusan memutarbelitkan isu ini boleh membangkitkan rasa kurang senang dan tidak puashati orang Islam kepada DAP yang seolah-olah dilihat anti Islam. Sentimen yang dimainkan oleh Utusan amat berbahaya dan boleh memecahbelahkan rakyat kerana orang Melayu akan memandang serong terhadap DAP yang sememangnya sering dilabel sebagai parti perkauman Cina.

Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif. Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suaran Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN.




1 comments

  1. dino // December 11, 2009 at 10:42 PM  

    saya sokong 200%