http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

3 Nama Calon Pmtg Pasir !!

Posted by Love Perak | Thursday, August 06, 2009 | 0 comments »

PAS negeri telah mengemukakan 3 calon sesuai untuk diletakkan di Dun N11 Permatang Pasir iaitu Saleh Man, Mat Sabu dan Mohd Roshidi yang juga seorang peguam. Menurut laporan daripada WRLR, Saleh Man adalah antara nama yang difikirkan sesuai sebagai calon kerana selain anak tempatan , beliau dilihat rapat dengan bekas DUN Permatang Pasir dan mengemudi PAS negeri agak lama.

Dijangkakan sebahagian besar cawangan menyokong beliau untuk di calonkan."Biar Bang Mat, (Mat Sabu)kita letak di Parlimen kerana beliau sesuai di sana, dan komitmen beliau di Pusat demikian jelas salah seorang penyokong yang enggan namanya di siarkan.

Namun daripada cakap-cakap rakyat marhaen di kedai-kedai kopi, nama Syamsul Kamal lebih layak untuk dicalonkan. Syamsul Kamal merupakan S/U kepada Allahyarham Mohd Hamdan. Beliau merupakan anak didik Allahyarham Pak Hamdan yang rajin turun padan dan merupakan penduduk tempatan. Walaubagaimanapun ahli dan pengundi di akar umbi akan memberi sokongan penuh kepada calon akan diletakkan kelak.

Yang penting Umno Mesti Dikuburkan!

0 comments