Ini yang aku tulis semalam.
“Ada banyak yang tersirat dari kenyataan Mahfuz tersebut. Banyak lagi skandal-skandal yang melibatkan Rohaizat sudah berada dalam genggaman pemimpin Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan.
Dan kali ini, Rohaizat tidak akan mampu menangkis dakwaan-dakwaan yang disertakan dengan bukti. Rohaizat perlu berundur sekarang. Umno sudah tidak dapat diselamatkan dan Rohaizat perlu menyelamatkan keluarganya dari aib dan malu sekiranya skandal-skandal ini terbongkar nanti.
Malam tadi, selepas skandal yang membabitkan penyelewengan wang koperasi, Ketua Pemuda Pas, Nashrudin Tantawi menelanjangkan skandal isteri kedua yang cuba dinafikan oeh Rohaizat. Nashrudin menyebut nama isteri kedua Rohaizat sebagai Hafizah, lengkap dengan tarikh mereka berkahwin, dan apa jawatan isterinya semasa dikahwini.
Hei!! Tak kan Rohaizat tak kenal siapa Hafizah kot? Kan perempuan tu bekerja dipejabat Rohaizat sendiri? Rohaizat sudah terperangkap dalam angan-anganya untuk menjadi YB. Kalau dia tak bertanding, sapa pun tak tau. Tapi inilah risiko kalau nak jadi YB.
Malam ni ada satu lagi skandal yang akan didedahkan. Terpulang kepada pemimpin PR mana yang hendak mendedahkan. Kali ini tentang skandal Rohaizat dengan seorang perempuan yang ‘termengandung’ akibat perbuatan Rohaizat.
Kami sedang mencuba untuk mengumpul bukti-bukti untuk didedahkan supaya pengundi Permatang Pasir dapat membuat pilihan, sama ada mahukan pemimpin yang penuh dengan skandal, atau pun memilih pemimpin yang boleh menjaga rakyat.
Mat Saman Kati
0 comments
Post a Comment