http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Aku Raja Petra Kamaruddin (Bahasa Melayu)

Posted by Love Perak | Wednesday, August 19, 2009 | 0 comments »

The Prophet Muhammad has taught me that if I dare not or do not have the power or strength to oppose evil with my hands or with my mouth, but only dare oppose it with my heart, then this is a sign of a very weak Muslim.

Nabi Muhammad telah mengajar aku, jika aku tidak sanggup atau tidak ada kuasa atau keupayaan untuk menentang kejahatan dengan tangan aku atau dengan mulut aku, tapi hanya boleh menentangnya dengan hati, maka ini adalah tanda Muslim yang paling lemah (iman).

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Aku adalah Raja Petra Kamarudin dan aku penyebar kebencian. Aku seorang dari yang dituduh oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussaein, menggunakan internet untuk menyebarkan kebencian. Aku mengaku jenayah itu dan aku tidak menafikannya

Aku adalah Raja Petra Kamarudin dan aku adalah Muslim. Aku dilahirkan Muslim. Aku bukan tukar anutan kepada Islam. Dan sebagai Muslim aku telah mengikuti asas pengajian Islam seperti yang diwajib ke atas setiap orang Islam

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku telah diajar untuk membenci. Aku juga diajar untuk menyebarkan kebencian. Kecenderongan aku untuk membenci dan menyebarkan kebencian adalah berpunca dari asuhan dan pengajian Islam aku.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku telah diajar bahawa semua Muslim wajib membenci. Dan aku juga telah diajar bahawa semua Muslim wajib menyebarkan kebencian. Itu adalah kewajipan dalam Islam dan tanggungjawab keislaman aku seperti yang diajar oleh Islam

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku percaya dengan Islam. Dan aku percaya dengan ajaran Islam. Aku percaya Islam tidak menipu. Aku percaya apa yang Islam telah ajarkan adalah betul dan tidak boleh disanggah dan dinafi

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku yakin diriku Muslim yang benar. Dan aku yakin sebagai Islam sebenar aku wajib memegang pada ajaran Islam. Dan sebagai Muslim tulen aku wajib semai kebencian dalam hatiku dan menyebarkan kebencian seperti yang Islam perintah pada semua Muslim.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku benci. Aku menyebar kebencian. Aku benci dan menyebar kebencian ke atas semua perkara yang Islam suruh Muslim membenci. Aku benci apa yang Islam benci.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku adalah Muslim. Aku memegang ajaran Islam. Aku tunaikan tanggungjawab sebagai Islam. Aku tunaikan tanggungjawab paling mustahak dari segalanya, dan itu adalah membenci semua kejahatan dan menyebarkan kebencian ke atas kejahatan

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku untuk menentang kejahatan dengan tanganku. Ini bermakna menentang kejahatan secara fizikal dan dengan paksaan jika perlu. Aku wajib mengangkat senjata untuk menentang kejahatan. Aku wajib bersedia untuk mati dalam menentang kejahatan. Itulah apa yang Nabi Muhammad ajarku.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad mengajarku bahawa sekiranya aku tidak sanggup atau tidak ada kuasa atau keupayaan untuk menentang kejahatan dengan tanganku, maka aku wajib menentang kejahatan dengan mulutku. Aku wajib bercakap menentang kejahatan. Aku wajib menjerit dari gunung tertinggi dalam menentang kejahatan. Aku wajib menulis tanpa henti dalam menentang kejahatan. Aku wajib keluarkan suara dari mulutku demi mencegah kejahatan dari berulang. Aku wajib menyebarkan pada orangramai dari segenap penjuru alam untuk membenci kejahatan

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku bahawa jika aku tidak ingin atau tidak ada kuasa atau kekuatan untuk menentang kejahatan dengan mulut maka aku wajib menentang dengan hatiku. Aku wajib membenci kejahatan dengan hatiku. Aku wajib melawan kejahatan dalam hatiku. Aku wajib bawa kebencian ini dalam hatiku setiap kali aku melihat kejahatan berlaku.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku bahawa jika aku tidak ingin atau tidak ada kuasa atau kekuatan untuk menentang kejahatan dengan tanganku atau mulutku, tapi hanya menentang dalam hatiku, maka ini adalah tanda Muslim yang amat lemah. Sekiranya aku hanya benci kejahatan dalam hatiku tanpa berani menentang dengan tanganku atau mulutku bermakna aku adalah Muslim yang tiada iman. Ini hanya menjadikan aku Muslim palsu atau bukan Muslim sebenar.

Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku penyebar kebencian. Aku seorang dari yang dituduh oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussaein, menggunakan internet untuk menyebarkan kebencian. Aku mengaku jenayah itu dan aku tidak menafikannya. Aku benci dan aku menyebar kebencian kerana ini adalah apa yang Islam ajarku. Aku benci dan menyebar kebencian kerana ini apa yang Nabi Muhammad telah ajarku. Aku benci dan aku menyebar kebencian kerana diriku adalah Muslim tulen.

Terjemahan daripada : Malaysia-Today: I am Raja Petra Kamarudin and I incite hate

0 comments