http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

DAP beri sokongan penuh pada PAS

Posted by Love Perak | Sunday, August 16, 2009 | 0 comments »




SEBERANG PRAI: DAP yang berhadapan dengan isu di Kedah dan Selangor baru-baru ini khususnya 'hubungan dingin pemimpin PAS-DAP', akan terus memberi sokongan kepada rakan komponen Pakatan Rakyat itu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya akan memberikan sokongan 100 peratus kepada calon PAS, Mohd. Salleh Man.

"Kami tidak akan terlalu yakin bahawa akan mencapai kemenangan tetapi kami percaya akan mencapai kemenangan dengan kerja kuat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang selepas melancarkan pusat operasi DAP bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Taman Ciku dekat sini hari ini.

Semalam Pakatan Rakyat menamakan Salleh, 52, yang memiliki ijazah pengajian syariah dari Universiti Malaya.

Salleh, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang pula berkata, beliau yakin akan memikat hati pengundi di Permatang Pasir dan memenuhi janji-janji yang dibuat oleh penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman.

Hamdan meninggal dunia pada 31 Julai lalu.

"Saya bukan seorang yang tidak dikenali di kawasan ini kerana saya biasanya mengiringi Datuk Hamdan dalam lawatan dan perbincangan dengan penduduk tempatan.

"Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menerangkan penduduk tentang visi dan urus tadbir baik yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Hamdan memperoleh 11,004 undi untuk menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan kelebihan 5,433 undi.

Kerusi Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi yang terdiri daripada 72.36 peratus pemilih Melayu, 25.85 peratus (Cina), 1.63 peratus (India) dan lain-lain 0.16 peratus.

0 comments