http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dipersilakan BN masuk gelanggang lawan Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Tuesday, August 04, 2009 | 0 comments »

Kita menunggu-nunggukan kedatangan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Calon PR adalah dari PAS (tak usah mengarut nak letak calon dari PKR). Saya orang PKR dan saya sokong calon PAS dan semua keluarga PKR seluruh Negara sokong supaya PAS bertanding disana.
Insya Allah, calon PAS yang mewakili PR akan menang dengan cemerlang di DUN Permatang Pasir nanti.

Tetapi jika BN betul-betul berani, betul-betul hormat demokrasi, MARI LAWAN ATAS PRINSIP YANG BETUL IAITU BN (umno) LAWAN PR (pas).
Setiap kali berlangsung Pilihanraya (tak kira Pilihanraya Umum atau Kecil) BN telah menyalahgunakan kuasa. Mereka gunakan hartabenda kerajaan (iaitu hak rakyat) untuk lawan pembangkang.

Mereka gunakan semua Kementerian untuk berkempen. Mereka gunakan semua budget kerajaan untuk berkempen. Mereka gunakan polis, tentera, pegawai kerajaan.
Namun dengan penyalahgunaan harta, pejabat dan kakitangan awam ini, BN tetap kalah dan Insya Allah akan kalah lagi di Permatang Pasir ini.

BN sudah sangat lemah, mereka sudah tidak ada upaya untuk memenangi sebarang Pilihanraya Kecil, mereka sudah ditolak dan rakyat sudah mual dengan BN.
Dan jika BN tidak menyalahgunakan kuasa dan berani berlawan dengan BN lawan PR, kita semua yakin BN akan hilang deposit.

So, jangan main tipu, baru BN dapat benar-benar tahu bahawa mereka sudah tidak dikehendakki oleh rakyat.

-lubokkawah

0 comments