http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

DUN PAS, Parlimen PKR, Kerajaan DAP. Pmtg Pasir Menarik!

Posted by Love Perak | Thursday, August 13, 2009 | 0 comments »

PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama) -- PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir esok, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Calonnya (senarai nama) dah ada dalam poket, cuma ia akan diumumkan malam esok di Permatang Pasir," katanya yang juga Anggota Parlimen Marang kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang di Tropicana Golf and Resort di sini.

"Yang penting pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ini ialah ia merupakan satu simbol menarik kepada Pakatan Rakyat kerana yang bertanding ialah PAS, di bawah Parlimen Permatang Pauh (PKR) dan di dalam negeri yang diperintah oleh Ketua Menteri DAP. Itu yang menarik," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lepas.

0 comments