http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Gempar !! ADUN Selangor mula diculik?

Posted by Love Perak | Thursday, August 20, 2009 | 0 comments »

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah sudah sampai ke tahap tidak dapat dihubungi. Situasi ini iras-iras kedua-dua ADUN lompat di Perak tempohari. Mari kita berdoa kerajaan PR Selangor akan dapat mengatasi masaalah ini dengan terbaik mungkin, inshaalah.

Ingat, UMNO cuma memerlukan 9 orang ADUN untuk melompat bagi memastikan kerajaan negeri bertukar tangan. Dan dengan Najib Tun Razak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor, mereka amat "desperate" untuk mengambil alih Selangor.

Saya merasakan UMNO sedang mencuba untuk mendapat kesembilan-sembilan orang ADUN tersebut melalui aksi melompat dari kedua2 PKR dan PAS. Dari PAS, saya yakin paling ramai yang akan melompat hanya dua orang. Yang lain itu masih berprinsip dan beriman. Dari PKR pula, baru-baru ini bukankah berlaku ADUN PKR sendiri menyerang kerajaan negeri? Saya tidak tahu berapa orang yang mampu bertahan dan berpegang dengan prinsip mereka?

Oleh sebab itu kita semua wajib berdoa dan berusaha supaya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dipertahan dan segala usaha jahat UMNO digagalkan, inshaalah.

Sekiranya saya dibuktikan salah dalam isu ini (yakni Badrul tidak melompat) saya akan menjadi amat gumbira.

Tulang Besi@Malaysian Waves

0 comments