http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Himpunan aman bantah pertemuan dengan Israel laknatullah

Posted by Love Perak | Wednesday, August 19, 2009 | 0 comments »



Jun lepas Datuk Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Pertahanan Malaysia telah bertemu dengan Menteri Pertahan Israel yang porpular dengan motto One Israel ketika menjadi Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.
Pertemuan ini telah dimanipulasi oleh media pro Zionis sebagai pengiktirafan Menteri Negara Islam kepada negara Israel Zionis laknatullah.

Zahid yang mulanya nafikan sebaliknya terpaksa mengaku pertemuan diadakan setelah pendedahan keratan media dari negara Israel diperolehi. Itupun kenyataan pengakuan hanya dikeluarkan oleh pegawai medianya Abd. Halim Abd. Majid. Zahid tidak meminta maaf kepada umat Islam seluruh dunia kerana pengkhianatanya. Dia juga mengkhianati usaha perjuangan seluruh dunia yang menolak kewujudan negara zionis Israel.
Ini sebenarnya bukanlah pelik. Sememangnya ramai pemimpin Umno yang punya kaitan dengan Israel, sama ada melalui kerajaan atau syarikat perniagaan.
Ayuh kita sama berhimpun Jumaat ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan menentang penglibatan Menteri Umno dengan kepentingan Israel.

tarikh : 21 Ogos 2009 (Jumaat)


Masa : 2.00 petang (selepas solat Jumaat)


tempat : Masjid Tanah Liat, Bukit Mertajam.

datang ramai - ramai. Perhimpunan dianjurkan Unit Ehsan Malaysia dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

0 comments