Aku tertarik dengan penulisan dari Pahangdaily apabila mempertikaikan mengapa Kerajaan tidak menyediakan topeng secara pecuma dalam usaha untuk menyekat penularan wabak yang semakin serius ini, sedangkan Program Harm Reduction yang menelan belanja ratusan juta ringgit masih diteruskan untuk mengawal penularan penyakit HIV/AIDS dinegera kita ini sejak penghujung tahun 2004. Aku sendiri tidak akan komen mengenai tahap keberkesanan program itu dinegera kita ini, tetapi sekadar untuk memberi perbandingan keatas usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan dalam mengawal wabak ataupun penyakit berjangkit dinegara kita.
Mungkin ada sesetengah dari kita akan menjawab, mengapa kerajaan perlu bersifat manja serta harus menyediakan topeng kepada semua sedangkan topeng mudah diperolehi dan didapati di farmasi? dan mungkin juga ada diantara mereka yang terlibat secara terus dengan Program Harm Reduction akan memberi rasional bahawa penagih dadah dan pekerja seks merupakan golongan yang tidak mampu, oleh kerana itulah kerajaan perlu menyediakan semua keperluan untuk mereka.
Jawapan aku adalah kerana, kita perlu tahu kebiasaannya apabila demand keatas sesuatu produk itu meningkat, dengan secara automatiknya harga pasaran juga akan turut meningkat dengan drastik akibat dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka sendiri. Banyak laporan yang telah diterima dan yang terbaru harga satu kotak topeng yang mengandungi 50 helai telah dinaikkan dari RM12 sehingga RM50. Kelmarin kawan aku ada memberitahu ada sesetengah tempat dia Kuala Lumpur meletakkan harga sehingga RM3.60 untuk satu topeng.
Menurut Kertas Kerja Kerta Perlaksaan Program Harm Reduction yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, anggaran purata kos perlaksanaan program ini adalah sebanyak RM3 sehari untuk seorang dalam menyediakan jarum suntikan untuk 120 000 orang penagih dadah. Ini secara kasar melibatkan kos operasi sebanyak RM145 juta untuk setahun. Kos ini belum lagi termasuk penyediaan kondom dan dadah gantian jenis methadone untuk merawat penagih yang ketagih dengan dadah jenis heroin.
Dalam keadaan begini seharusnya Kerajaan lebih bersifat sistematik dalam pengurusan pengawalan wabak serta penyakit berjangkit. Seharusnya perlu ada Mobile Team yang bergerak sekitar lokasi-lokasi panas H1N1 untuk pengedaran risalah serta pemberian topeng secara percuma contohnya dia pusat membeli belah, stesyen bas keretapi, sekolah dan bukan hanya tertumpu di klinik dan hospital kerajaan sahaja, dengan ini secara tidak langsung akan bakal membentuk impak sosial dan segkaligus memberi peringatan bahawasanya isu ini seharusnya dipandang dengan serius dan bukan sekadar hanya menyiar statistik kematian dan berharap mereka punya kesedaran masing-masing mengenai wabak ini. Adakah kita masih lagi tidak perlu panik apabila angka kematian terbaru mencatatkan sehingga 56 kematian?
kiriman email daripada - http://demokrazi.blogspot.com/
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment