Ramai yang tidak tahu bahawa Dr Khairul Azman saksi kes Teoh Beng Hock bukan sahaja seiras Gani Patail tetapi perangai juga hampir sama, dan ramai yang tidak tahu Dr Khairul juga antara saksi yang menyiasat mayat Sujatha yang mati (juga dikatakan bunuh diri) melibatkan anak Sammy Vellu.
Yang lebih pelik ramai yang mempertikaikan mengapa jenayah/kematian yang berlaku di Kuala Lumpur tetapi mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat? Malah mayatnya tidak dibedah siasat pada mulanya dan disini mayat Sujatha diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Kes ini sangat pelik kerana tidak dibuat bedah siasat. Semua orang tahu kes ini melibatkan anak lelaki Sammy Vellu jadi Hospital di Klang tempatnya semua kes boleh di “kaw tim” dibawah seliaan Dr Khairul Azman.
Tidak hairanlah bila berlaku kes pembunuhan Teoh Beng Hock, polis dengan pantasnya memanggil Dr Khairul sebagai doktor yang bertanggung jawab dalam hal berkaitan bedah siasat dan forensik. Jadi bila Dr Khairul mengatakan dia berat mengatakan Teoh bunuh diri selepas demam sehari selepas memberi keterangan pada hari pertama, ia sebenarnya bukan demam tetapi merencana skrip bersama Gani Patail perancang segala kejahatan.
Itulah sebabnya saya telah mengatakan dari awal Inkues Teoh hanya satu drama arahan Gani Patail menutup kes dan motif kejadian. Anda boleh lihat sendiri betapa peliknya siasatan polis dan keterangan polis. Sehinggakan buku Log SPRM itu kosong.
Kes dimulakan dengan siasatan DNA yang selalunya bukti ini hanya bukti terakhir sebagai pengesahan kepada bukti yang lain. Untuk menyakinkan 1Malaysia, lebih 156 sampel DNA diambil dari tukang sapu sampah sehinggalah jaga didepan pintu, namun tidak ada satupun yang sepadan seperti mana kes “air mani” yang bertakung dalam dubur dalam kes Norita Shamsudin yang dibunuh.
Apa yang perlu dan mudah dan tidak perlu berdoalak dalih, apa yang kita nak tahu dan sepatutnya perbicaraan itu bermula dengan mengetahui siapakah yang bertugas pada malam tersebut? Jadinya ia lebih jelas. Apa yang berlaku ketika ini perbicaraan hanya membicarakan apa yang berlaku selepas Teoh itu mati.
Nampaknya Dr Khairul bukan sahaja seiras Gani Patail, tetapi bersedia menjadi Barua Penjenayah Umno seperti Gani Patail. Negara kita dibawah Najib sudah menjadi satu regim dimana Polis,SPRM,Peguam Negara dam Doktor menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim.
1 Malaysia sekali lagi akan ditipu oleh regim Najib Razak.
Lawan Tetap Lawan
Reformis Muda
ya akhi kareem... fahami islam.. pasti mesia berjaya walau diperintah oleh siapa pun.. p/s: ana doktor.. enta jgn la cop sume doktor mcm tu ye..hehe