http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kesian Muhyidin

Posted by Love Perak | Monday, August 17, 2009 | 1 comments »

Kesian sungguh saya terhadap UMNO/BN apabila Timbalan Presidennya yang juga Timbalan Perdana Menteri terpaksa merayu kepada rakyat untuk mempercayainya.



“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat,” kata Muhyiddin Yassin kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.



Bagus saya sokong 100 peratus kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu. Walau bagaimanapun Tan Sri, sebelum pengundi di Permatang Pasir boleh mempercayai cakap Tan Sri, Tan Sri tolong beri fakta sebenar hal berikut:



1. Semasa Tan Sri menjadi Menteri Besar Johor, sebahagian besar kawasan di Taman Sentosa, Taman Tun Aminah, Taman Johor Jaya, Bandar Tenggara dan Taman Mt Austin telah dimiliki oleh warga Singapura. Apakah ini bukan bukti pengkhianatan terhaddap rakyat Johor?



2. Apakah status terhadap janji Tan Sri untuk buat jambatan semasa kempen prk Manek Urai lalu?



3. Tolong Tan Sri jelaskan kepada rakyat berapa peratus tanah di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan berapa peratus pula yang dimiliki oleh warga asing?



4. Tolong jelaskan apa cerita sebenarnya sehingga terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura?



Sekiranya Tan Sri gagal menjawab dengan fakta semua persoalan di atas, maka pengundi di Permatang Pasir TIDAK harus memberi undi mereka kepada calon BN dalam prk Permatang Pasir.

1 comments

  1. rahmat haron // August 17, 2009 at 4:21 PM  

    dan jangan lupa tanah rizab Melayu, seluas 25 ribu ekar, yg menjadi empangan tadahan air Linggiu, Kota Tinggi, Johor.

    empangan yg menjadi milik Singapura, dikawal pasukan keselamatan Singapura.

    empangan yg membekal air bersih ke Johor.

    air yg dijual ke Singapura dgn harga semurah 3 sen utk 1,000 gelen.

    dan dibeli kembali Johor dgn haraga 50 sen utk seribu gelen.

    tanah siapa ni?
    air siapa ni?

    siapa pengkhianat????