http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Lelaki Pro-ISA yang Mengaku Ahli PAS Menipu!!

Posted by Love Perak | Thursday, August 06, 2009 | 2 comments »

PAS tidak mempunyai rekod Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA minggu lalu, sebagai seorang ahli parti itu seperti dakwaannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya.

Mohd Khairul dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli parti itu di Sungai Ramal, Kajang.

Pengamal undang-undang itu dipetik berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong ISA, satu pendirian yang bertentangan dengan keputusan parti yang mahu ia dimansuhkan.

Mengulas isu pengharaman alkohol di Selangor, Mustafa berkata PAS di peringkat pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

2 comments

  1. Love Perak // August 6, 2009 at 1:15 PM  

    testing post comment...ok cun!

  2. yobleh // August 6, 2009 at 3:34 PM  

    pak bakaq penarik beca panggil mangkuk hayun ni mat lobo (loyar bohong). akan kekalkah gelaran ini? lebih baik jadi ahli umno yang ingin kekalkan isa tu!