http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mana SPRM??? Dasar Berat Sebelah!

Posted by Love Perak | Saturday, August 15, 2009 | 0 comments »

Pas desak SPRM siasat dakwaan

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Demensi, Tiong King Sing, bahawa syarikatnya memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lalu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, adalah jelas isu ini harus menjadi tumpuan kepada SPRM kerana King Sing secara jelas telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa wang tersebut telah diserahkan kepada presiden MCA itu.

“Sebuah laman web itu telah menyatakan secara jelas bahawa wang yang dikatakan derma itu diserahkan King Sing secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA bagi menjalankan aktiviti berkaitan bahagian MCA.

Nasruddin berkata, keadaan ini adalah jelas, isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyebabkan orang Cina akan terus menolak MCA dalam arus perjuangan politik negara.

Beliau berkata, jika SPRM atau pihak berkuasa tidak melakukan tindakan, Pas akan bertindak dengan membuat laporan berkaitan isu ini bagi mengetahui sandiwara yang dilakukan pemimpin BN terbabit.

0 comments