http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

MB Khalid Nafi, Khir Toyo sila beri bukti

Posted by Love Perak | Sunday, August 02, 2009 | 0 comments »

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa yang beroperasi secara haram di negeri ini sejak pakatan pembangkang memerintah.


Beliau yang menyifatkan perkara itu sebagai tohmahan dan tidak betul bagaimanapun meminta pihak yang membuat dakwaan tampil memberi maklumat dan bukti supaya kerajaan negeri boleh mengambil tindakan.

”Saya tak tahulah, kalau dibandingkan sebelum Mac 2008 dan selepas itu memang lain. Nantilah saya akan umumkan dan kita tengok apa yang bezanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa haram yang tumbuh sejak pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor termasuk di kawasan Sungai Besar, Sabak Bernam.

Menurut Mohamad Khir, angka itu diperoleh daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dikatakan berpunca daripada campur tangan ahli politik yang bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan kongsi gelap sehingga membolehkan pusat judi dan hiburan haram dibuka sewenang-wenangnya.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri menghalang pertumbuhan besar pusat-pusat seperti yang dinyatakan itu melalui beberapa langkah termasuk hanya meluluskan lesen berdasarkan keperluan penduduk di setiap kawasan.

0 comments