http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Najib GAGAL - Pengangguran Cecah Angka Tertinggi

Posted by Love Perak | Thursday, August 13, 2009 | 0 comments »

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.



“Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.



“Pada waktu yang sama, kita sedang berusaha mengurangkan kadar pengangguran ini,” kata Datuk Mukhriz Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Cabaran “Internship” Negara ketiga di Petaling Jaya hari ini.



Sehingga 7 Julai lalu, Mukhriz berkata perangkaan yang dikumpul oleh Kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.



Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja diberhentikan sementara.

0 comments