"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
http://asrirabbani.blogspot.com/(madah Allahyarham di dalam blog beliau)
"Bagi saya, Allahyarham adalah pahlawan sejati kepada perkembangan muzik nasyid kontemporari. Dialah pahlawan yang akan mengetuai gerakan kami.
"Dialah satu-satunya orang yang akan menjadi rujukan dan inspirasi penyanyi nasyid baru. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu dendangan Allahyarham sewaktu Allahyarham masih bersama Nada Murni lagi,"
Che Amran Raihan
"Saya individu yang mendengar muzik setiap hari tetapi setiap kali mendengar nyanyian daripada Allahyarham, telinga saya bagaikan tertusuk sesuatu yang indah.
"Suaranya benar-benar mempunyai aura dan merupakan anugerah Allah yang paling berharga,"
Ramli MS
"Ini kehilangan yang besar pada industri muzik sebab ramai orang yang membesar dengan lagu-lagu Rabbani. Saya sendiri terkejut sebab tidak tahu dia ada penyakit kronik kerana dua tiga hari sebelum ini saya baru jumpa arwah dan tidak nampak sebarang perubahan langsung.
"Arwah juga seorang yang baik. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti tiada seorang pun yang tidak suka akan personalitinya,"
Yassin Brothers
Ini pula perbualan terakhir Allahyarham Ust Asri dengan sahabatnya Man..
Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….
ASRI Assalammualaikum! Man, anta kat mane?
AKU Kat syurga... hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)
ASRI Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)
AKU Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)
ASRI Dah! Dah! Jadi tak jumpe?
AKU Jadi. Kenape?
ASRI Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…
AKU Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?
ASRI O.k! Insya'ALLAH
Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.
AKU Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni
ASRI Album mane ni?
AKU Kan kita ade dua album yang belum release lagi.Satu, yang amalan orang-orang melayu.Satu lagi yang Ratib Hadad tu
ASRI Abis anta kuar mane dulu?
AKU kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?
ASRI mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu.Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.
AKU Anta tahu title album ni
ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.
AKU Amalan Perisai Ghaib!
ASRI Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.
AKU mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..
ASRI Amin!!!!Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.
ASRI Man, anta nak tengok ana ghaib tak?
AKU Cubalah…….hehehe
ASRI Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…
AKU Hah!? Nak pi mana pulak tu???
ASRI Tandas lah! Ni ghaiblah ni.Ghaib dari mata anta…(tersengih)
AKU tergelak. Tersengih.
Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian,
ASRI kembali.Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.
ASRI Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?
AKU cantikkkk! Apa dia?
ASRI Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?
AKU Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe
Tawa kami berderai lagi…..Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.
ASRI Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta.Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat.Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…
AKU Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.
Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.
ASRI man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan.Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta.Meh! Sini kita tangkap gambar jap…
AKU hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni
ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu.
Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.
“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.Ya ALLAH benar kah semua ini?Mimpikanlah ini semua!!!!!”
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment