http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pohon Sembah Derhaka

Posted by Love Perak | Saturday, August 01, 2009 | 0 comments »

Ke Gunung kan ku daki
Ke Luruh akan aku turuni
Mengalah tidak sekali
Pertualang akan aku hambati

Celaka kau UMNO
Derita RAKYAT kau buat dono

Kata - Malaysia ni negara ber’RAJA’
Kata - Raja Berperlembagaan.
Kata - Raja payung kesejahteraan.
Kata - Rakyat tak boleh derhaka.
Kata - Raja prihatin penderitaan RAKYAT
Kata - RAKYAT didahulukan

TETAPI

Hendak jumpa raja pun payah
Hendak mengadu hal kepada raja, susah

Bukan RAKYAT hendak jumpa raja tetapi hendak ke Istana sahaja pun penderitaan dan siksaan yang RAKYAT dapat.

Raja ku, tidakkah Tuanku simpati terhadap rakyat Tuanku?.
Raja ku, bangunlah dari peraduan mu dan lihatlah penderitaan rakyat.
Raja ku, ingatlah perintah ALLAH SWT supaya menjadi raja yang adil
Raja ku, ingatlah akhirnya kita ke tanah jua.
Raja ku, insaflah mewah dan senang mu kerana cukai dari rakyat jelata.
Raja ku, antara Tuanku dan aku, punya Tuhan yang satu - ALLAH SWT.


KerajaanRakyat.com

0 comments