http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rohaizat mahu ambil tindakan undang2 terhadap PAS.

Posted by Love Perak | Friday, August 21, 2009 | 0 comments »

Rohaizat beri PAS kata dua, jika tidak hadapi tindakan mahkamah




SEBERANG PRAI: Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman malam tadi mencabar PAS supaya membuktikan dakwaan terbaru parti itu bahawa beliau mempunyai isteri kedua, yang kini tinggal di Pahang tanpa diberikan nafkah sewajarnya.



Setiausaha Umno Permatang Pauh ini berkata, walaupun beliau menafikan isu demi isu yang telah dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, tetapi pelbagai isu peribadi terus dilontarkan terhadapnya.



Isu terbaru itu mendakwa Rohaizat mempunyai isteri yang kedua tetapi ‘dibiarkan’. Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi petang semalam menyebut mereka telah bernikah empat tahun lalu tetapi tidak diberi perhatian selaku isteri.



“Tuan-tuan dan puan-puan, ini satu tuduhan liar… sungguh sekali tidak benar. Hari ini saya ingin mencabar PAS agar mengemukakan dokumen apa yang membuktikan sedemikian. Jika gagal, insya-Allah, setelah berbincang dengan peguam-peguam saya, tindakan undang-undang akan kita ambil,” kata beliau dalam ucapan kempen ringkasnya pada majlis Pentas Pemuda di Permatang Pasir malam tadi.



Rohaizat, 38, yang diserang bertubi-tubi sejak Jumaat lalu berkata, beliau secara peribadi telah menjelaskan kesemua perkara yang dibangkitkan termasuk isu dakwaan salah laku firma guamannya tujuh tahun lalu.



“Ini dapat dibuktikan dengan surat tarik balik yang dikemukakan oleh koperasi (Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang) kepada saya.



“Saya percaya bukan sahaja tuan-tuan dan puan-puan sedar, pihak media juga sudah diserahkan dengan perkara ini. Tetapi, malangnya apabila isu ini sudah berakhir, isu lain pula yang timbul. Hari ini saya diberi tohmahan, saya diberi fitnah, saya pula ada perempuan lain.



“Saya ingat kalau saya jawab hari ini, mereka akan kata saya ada binatang lain pula, lusa akan kata macam lain pula. Jadi inilah budaya dia orang (parti lawan),” katanya.



Dakwaan terbaru ini didedahkan kira-kira 6.30 petang semalam – hampir lapan jam selepas rakan kongsi firma guaman beliau, Yusri Isahak muncul pada sidang media untuk menjelaskan wujudnya elemen penggunaan wang koperasi berkenaan.



Yusri berkata, beliau mahu soal itu dipikul bersama oleh Rohaizat tanpa menyalahkan beliau seorang sahaja.



Dalam ucapannya, Rohaizat juga menyentuh kemunculan Yusri pagi semalam.



“Saya sebenarnya berbesar hati apabila bekas rakan kongsi saya tampil untuk menyatakan keterangannya.



“Setelah lama saya menunggu. Insya-Allah kebenaran akan muncul tidak lama lagi. Sesungguhnya tujuan saya, tujuan kita semua sebenarnya ialah memenangkan Barisan Nasional di Permatang Pasir,” katanya.

0 comments