http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Selangor Tumbang 31 Ogos?

Posted by Love Perak | Tuesday, August 18, 2009 | 0 comments »

1. SERANGAN MELALUI PENTADBIRAN MAIS.
Terdapat laporan mengenai usaha MAIS melalui pengarahnya yang berdarah 'biru' cuba menidakkan jawatan Penyelaras Masjid yang buat masa ini dibekukan elaun dan tugas mereka.Masjid RASA diberitakan terpaksa menerima Nazir berdarah 'biru' iaitu adik kepada Pengarah MAIS.Dengan cara ini semua penjuru dihalakan bagi melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melalui pentadbiran agama.

2. SERANGAN MELALUI PEGUAM NEGARA(TERKINI)
Peguam Negara dengan pantas membatalkan arahan dari pejabat Menteri Besar sebaik sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan.Hari ini Peguam Negara terus menyatakan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor adalah tidak sah dan terbatal.
Baca kenyataan Peguam Negara dalam BERNAMA
Memang cekap dan efisyen betul kerja Peguam Negara.Bukan Peguam Negara sahaja bahkan boleh dikatakan semua jabatan kerajaan memang cekap dan efisyen bila mendengar menteri berkokok.
Walaupun menteri hanya berkokok didalam akhbar sahaja,boleh dikatakan semua jabatan akan segera memberikan respon yang cukup efisyen.Soal betul atau tidak apa yang disuarakan oleh menteri,itu tidak menjadi soal,kerana yang penting bagi mereka adalah ianya suara menteri.
Kalau dari pihak pembangkang,walaupun betul tidak ada sesiapa yang akan mengambil tindakan segera.
Inilah Wan Malaysia yang amat dibanggakan dengan slogan "Rakyat dihenyak,pencapaian boleh belah".

0 comments