Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.
Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.
Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.
Malang berguni-guni aduan dan laporan tentang Menteri Besar Pencen BN, Khir Toyo tidak dipandang langsung oleh SPRM. Terakhir laporan dan pendedahan tentang 'Istana' Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta tidak langsung disentuh SPRM.
Mengapa SPRM tidak bertindak terhadap Khir Toyo tetapi bertindak sepantas kilat terhadap aduan rasuah pemimpin PR termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jelas SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah BN yang hanya menyiasat dan mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan BN.
Khir Toyo yang kaya raya, mewah dan menjadi jutawan sehingga berupaya membina rumah bernilai jutaan ringgit sedikit pun tidak diusik oleh SPRM.
Rakyat sedang memantau dan memerhatikan tindak tanduk SPRM. Pegawai-pegawai SPRM sepatutnya bertanggungjawab kepada semua aduan tidak memilih bulu dan pangkat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga bertanggungjawab kepada Allah.
Andaikata mereka menyembunyikan fakta dan tidak mahu mendakwa pemimpin BN yang dilaporkan bersalah maka tunggu siksaan Allah pada hari yang tidak berguna lagi anak pinak dan harta kecuali mereka yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
0 comments
Post a Comment