MUNGKIN bagi kebanyakan orang melihat himpunan berbagai NGO yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin atas keberanian TPM itu menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa adalah sesuatu yang biasa. Himpunan itu sebagai menyambung lidah Muhyiddin untuk mengutuk Anwar dan tidak lebih dari tujuan itu.
NGO yang berhimpunan itu tentulah yang sewaktu dan mempunyai kumpulan darah dengan Umno. Kalau dicheck kepalanya pun atau pengasas NGO itu akan menemukan kita sejarah dan konflit mereka dengan Anwar. Mereka sudah berbuku hati lama dengan Anwar.
Saya percaya himpunan itu tidak akan beradu setakat itu saja. Selepas ini akan ada lagi himpunan demi himpunan dari kota ke desa. Mungkin ianya lebih besar. Semuanya dilakukan untuk mengutuk Anwar Ibrahim. Kutukan itu mungkin juga sebagai senjata untuk menjatuhkan Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat. Harapan hasil dari itu nanti ia akan dijadikan modal untuk mengadakan pilihan raya umum.
Namun saya tidak percaya kutukan itu akan membawa padah dan masalah kepada Anwar. Anwar tidak akan hina dan jatuh dengan kutukan itu. Ia tida memberi sedikit bekas pun. Lama sebelum ini pun Anwar sudah dikutuk dan dihina. Sudah dicap macam-macam jenis petualang, agen Yahudi dan sebagainya. Tetapi ternyata Anwar tetap juga gagah dan boleh ke mana-mana.
Rakyat masih terus menyambut dan menerimanya. Bibit-bibit kebencian yang ditanamkan Umno ke atasnya kering dan layu begitu saja. Rakyat tidak mempercayainya, bahkan menjadi makin simpati kepadanya. Tarikan politik yang ada kepadanya memukau setiap yang memandangnya! Idea-idea dan pandangannya dinanti-nantikan dan bernas.
Anwar tidak perlu melawan sendiri. Dia tidak perlu kata huduh dan menesta kepada Muhyiddin atau sesiapa yang mengutuknya. Tetapi rakyat akan mengambil tanggungjawab membalas segala kutukan itu. Begitu juga dengan hal Muhyiddin ini rakyat akan menjadi galang ganti untuk mengutuk timbalan presiden Umno itu. Para pembelanya akan menengkis segala tohmahan dan kecaman itu.
Berbalik kepada himpunan menyokong tindakan Muhyiddin tadi, saya tidak nampak ianya merupakan satu kekuatan atau menjadi modal kepada Umno dan UBN. Himpunan kutukan itu bukan menandakan rakyat sudah pulih dan bersedia mendokong UBN semula. Lagipun berapa kerat sangat yang hadir, tidak sampai 1,000 orang.
Sebaliknya sokongan itu saya merasakan ianya adalah sokongan peribadi kepada TPM itu. Jika diperhatikan sokongan itu ia bermula di Johor Baharu. Umno Johor Baharu telah pun sama-sama melaungkan mengutuk Anwar meminjam kalimah Muhyiddin. Makanya himpunan itu bukan sangat hendak mengutuk Anwar tetapi bermatlamat hendak menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Itu tujuannya.
Muhyiddin sendiri dan orang-orangnya tahu siapalah dirinya untuk berdepan dengan Anwar. Dan siapalah sangat penyokong Muhyiddin berbanding ribuan penyokong Anwar. Apa yang saya rasakan himpunan NGO di bangunan Umno hari ini dan juga langkah beberapa bahagian Umno di Johor menyokong Muhyiddin itu adalah satu simbolik saja. Ia bukan bertujuan untuk mengutuk Anwar tetapi ingin memberi tahu dunia, Muhyiddin ada penyokong akar umbi.
Justeru pada saya himpunan itu mesej dari NGO dan Umno yang mereka sedia berdiri teguh dibelakang Muhyiddin. Berdiri ini bukan saja untuk berhadapan dengan Anwar tetapi dengan sesiapa juga bila perlu dan sesudah sampai masanya nanti.
Maknanya Najib harus hati-hati dengan majlis-majlis himpunan itu. Himpunan seumpama itu atas nama nak kutuk Anwar tidak harus dibiarkan. Kalau Najib tidak waspada ia akan merebak dan menjad himpunan lebih besar. Lama kelamaan himpunan itu boleh bertukar arah daripada mengutuk Anwar kepada mengutuk Najib. History politik antara Najib dan Muhyiddin perlu dibaca untuk mengetahui gambaran-gambaran ini semua. Ingatlah luka dalam politik tidak akan pernah sembuh dan tetap terus berdarah!
MSO
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment