http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Umno makin benci DSAI. Rakyat Makin Sokong!

Posted by Love Perak | Monday, August 10, 2009 | 0 comments »

Nampaknya UMNO terus memberi ruang kepada rakyat yang sebelum ini sememangnya telah 'muak' kepada cara mereka berpolitik. Hari ini, kira2 100 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) berhimpun secara aman tanpa sebarang sekatan dari pihak polis (BN-halal, PR-haram) di hadapan Ibu Pejabat UMNO di sini bagi menyatakan sokongan terhadap Boss No.2 mereka, Muhyiddin Yassin yang telah melabelkan DSAI sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dengan bangganya mereka memegang kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan mengecam DSAI sambil melaungkan "Hidup, hidup Tan Sri Muhyiddin...benam2 Anwar Ibrahim."

Mereka bukannya mengakui kesilapan lalu, bersedia untuk berubah, tapi mereka dengan 'angkuhnya' telah menuduh DSAI sebagai pengkhianat bangsa Melayu pula. Sedarkah mereka, menyerang DSAI menggunakan cara yang kolot sebegini sebenarnya akan menambahkan lagi kemarahan kebanyakan rakyat?

Untuk melengkapkan lagi budaya UMNO ini (yang dibenci oleh rakyat), Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata, "Dalam Islam, ada ungkapan dan istilah al-Munafiqin, al-Khazaf, dalam bahasa ibunda, ada istilah pembohong, pendusta, penderhaka, putar belit, penyangak. Seluruh gelaran ini boleh kita lemparkan kepada Anwar. Bila Tan Sri Muhyiddin beri istilah pengkhianat, ia salah satu gelaran yang tepat kepada Anwar,".

Memang sah.., UBN sekarang telah ketandusan isu untuk dihidangkan kepada rakyat. Hidangan mereka kali ini menunjukkan ianya hanya menjadi hidangan untuk puak2 mereka sahaja.

Bagi saya, DSAI memang pengkhianat, tapi kepada UMNO. Ini kerana, DSAI telah sanggup berkorban demi memastikan segala pembohongan, pendustaan, penderhakaan, putar-belit, penyangak dalam kerajaan UBN sejak sekian lama sehingga ke hari ini 'terbongkar' kepada rakyat Malaysia...

0 comments