http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin selalu disebut oleh orang-orang Umno sebagai pakar dokumen palsu, pakar SD (akuan bersumpah) yang tak laku, macam-macam la depa kata. Antaranya boleh dilihat dalam komen-komen di bawah posting semalam bertajuk "Hampa ingat senang-senang Najib nak letak jawatan!"

Tu sebab yang saya heran sangat, awat Peguam Negara nampak menggelabah semacam? Hey Gani, tak payah terlompat-lompat. Dokumen palsu tu, bah!

Dokumen sulit di laman web

Berita Harian (18/9/09): Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam mengarahkan pihak berkuasa berkaitan menyiasat segera tindakan sebuah laman web menyiarkan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau berkata, siasatan diperlukan termasuk mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), untuk menentukan sama ada dokumen yang didedahkan dalam laman web berkenaan adalah Kertas Kabinet sebenar atau sebaliknya.

“Saya akan arahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini.

“Jika ia bukan Kertas Kabinet yang sah maknanya ia hanya mewujudkan kegemparan awam tetapi jika ia daripada Kertas Kabinet yang betul, maka siasatan perlu dilakukan mengikut OSA,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara itu adalah serius kerana membabitkan pendedahan dokumen rahsia kerajaan selain isu PKFZ itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Isu PKFZ masih dalam siasatan dalam semua aspek dan kerajaan tidak melindungi apa-apa dan tindakan mendedahkan dokumen rahsia kerajaan adalah salah di sisi undang-undang.

“Isu PKFZ dan isu mendedahkan dokumen rahsia adalah dua Justify Fullperkara yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan itu seolah-olah mahu menunjukkan kerajaan tidak melakukan apa-apa terhadap isu PKFZ sedangkan siasatan mengenainya sedang dilaksanakan.

Abdul Gani mengulas pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web Malaysia Today.

Dokumen 18 muka surat dengan rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1 itu didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ bertarikh 22 Jun 2007 dan menggunakan nama penulis Raja Petra Kamarudin.

Ia direkodkan dimuatnaik ke laman web kelmarin.

PB

0 comments