http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry Penipu Besar!

Posted by Love Perak | Thursday, September 24, 2009 | 2 comments »

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengkaji masalah kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri, kata Pengarahnya Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Beliau, yang kesal dengan kelewatan pembayaran berkenaan, memberi jaminan masalah sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan menafikan kelewatan berkenaan bermotif politik.

Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.

"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009.

"Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 Sept 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, setakat ini, difahamkan sebahagian besar daripada 1,975 orang bilal dan siak telah menerima saguhati, yang diumumkan pembayarannya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 26 Ogos lepas.

Sheikh Mohamah Nor berkata satu kertas cadangan telahpun dikemukakan kepada kerajaan Perak untuk dipertimbangkan bagi membolehkan kesemua bilal dan siak di negeri ini menerima elaun bulanan seperti yang dinikmati oleh imam masjid dan surau.

Ketika ini imam masjid dan surau di Perak menerima elaun bulanan RM450 manakala bilal dan siak menerima RM300 setahun. BERNAMA

6 persoalan yang berlegar dalam kepala kita dalam isu ini

  1. Mungkin benar"Kerajaan Mahkamah Perak "Tiada wang ?
  2. Berunsur politik ,tekanan kepada siak dan bilal pro pakatan.
  3. Memang masalah teknikal.
  4. Cuai atau buat kerja sambil lewa.
  5. Memang kerajaan D;Mahkamah tak pandai memerentah.
  6. JAIP sabotaj Zambri ?

2 comments

  1. Suraya // September 24, 2009 at 2:33 AM  

    That why I dont like my hubby to join politic. Dia orang suka tipu. Suka bohong.

  2. maahad tahfiz // September 24, 2009 at 7:41 AM  

    saya rasa ini antara usaha nak jatuhkan pengarah JAIPk