http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kerajaan BN Bazirkan Berbilion RM Wang Rakyat

Posted by Love Perak | Thursday, October 29, 2009 | 0 comments »

Kerajaan persekutuan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN kerugian berbilion ringgit setiap tahun disebabkan oleh kontrak-kontrak berlebihan harga - daripada projek penerowongan air hinggalah kepada perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat (IT).

Menteri Kedua Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengesahkan jumlah kerugian itu 'amat banyak', tetapi tidak dapat memberi perangkaan tepat. Tidak dapat beri perangkaan tepat kerana mungkin terlalu banyak korupsi dan penyelewengan berlaku. Jika beri angka tepat semakin luas pekongnya terdedah.

Sungguh menghairankan sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia boleh membelanjakan antara 10 hingga 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tujuan pemerolehan kerajaan.

Ia bermakna berdasarkan GDP Malaysia sebanyak RM700 bilion, antara RM70 hingga RM140 bilion telah dibelanjakan bagi projek-projek prasarana besar.

Walaupun lebihan bayaran itu hanya 20 peratus, jumlah kerugian yang dialami kerajaan Malaysia boleh mencecah antara RM14 bilion hingga RM28 bilion setahun.

Ia mungkin lebih tinggi jika jumlah bayaran berlebihan itu lebih tinggi, seperti yang sering berlaku akibat kecuaian kakitangan kerajaan dan rasuah ahli politik.

Menurut laporan Juruaudit Negara bagi 2007 dan 2008, penangguhan dalam menyiapkan projek-projek adalah antara punca kos berlebihan itu.

Laporan itu juga menonjolkan kelemahan-kelemahan dalam pemerolehan beberapa perkara - daripada pembelian kenderaan kepada perabot bagi pelbagai badan dan daya usaha kerajaan.

Laporan Juruaudit Negara menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO/BN telah dengan nyata GAGAL mentadbir urus sumber kewangan rakyat Malaysia. Jika aliran seperti ini berterusan maka rakyat Malaysia akan terus menanggung kerugian akibat ketidakcekapan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN.


Pandangan umum ialah jika projek-projek itu diberikan kontrak melalui satu sistem tender terbuka - berbanding sistem rundingan, seperti yang sering dilakukan dan disalah guna - penjimatan yang bakal dinikmati adalah lebih tinggi lagi.

Menurut anggaran oleh dua sumber, kos-kos demikian mungkin 50 peratus lebih rendah jika projek-projek itu ditawarkan melalui tender awam, yang biasanya dijalankan secara terbuka.

Demi mengelakkan pembaziran dan kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan negara menjadi muflis, kerajaan rakyat menyarankan agar kerajaan UMNO/BN diganti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 nanti. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang cintakan negaranya untuk menyebarkan bencana yang mungkin menimpa negara jika dibiarkan UMNO/BN terus berkuasa.


0 comments