http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Erk? 4 Orang Mati pulak dah?

Posted by Love Perak | Thursday, October 29, 2009 | 0 comments »



Tragedi jambatan gantung di Pos Dipang menelan korban keempat. Walau bagaimanapun bukan disebabkan mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh itu tetapi meninggal dunia kerana merana dan sengsara kerana kehilangan anak yang tersayang.


Bapa kepada N Dina Deve yang mati lemas dalam tragedi itu , T Nathan (Gambar) meninggal dunia pagi tadi akibat menanggung penderitaan yang amat sangat kehilangan anaknya sehingga tidak lalu makan dan minum sehingga terpaksa dimasukkan air melalui drip di lengannya.

Dengan kematian kedua-dua mereka dalam keluarga ini, ibu Dina Deve, S Mogana juga terlalu tertekan. Beliau tidak mahu bertemu dengan wartawan bagi menceritakan kesah keluarganya yang malang itu.Selain, Dina Deve, keluarga ini mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.

Bagi mereka, semua yang berlaku kerana jambatan yang dibina itu tidak dibuat dengan sempurna.

*Gambar kredit kepada PerakExpress

0 comments