http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Siapa Muhyiddin Nak Masuk Campur Urusan PAS?

Posted by Love Perak | Saturday, October 24, 2009 | 0 comments »


Berlagak seperti partinya tidak bermasalah sedangkan partinya sendiri bermasalah dalam menangani isu rasuah. Apa yang si mangkuk Muhyiddin nak masuk campur urusan parti lawan. Selesaikan dahulu masalah parti yang dipimpin olejh kamu sebelum nak tunjuk pandai.




Budak yang baru matang itu mungkin hilang ingatan yang partinya pun pernah bergolak. Biasalah masalah dalaman. Apa masalah Muhyiddin sebenarnya? Biarlah ia bertembung pendapat sebab tidak kacau parti UMNO sekali pun.




Adakah teguran Tok Guru ada kena mengena dengan Muhyiddin? Kenapa Muhyiddin beria-ia sangat mahukan kerajaan perpaduan? Kalau Muhyiddin mahukan kerajaan yang adil, masuk sahaja PAS. Keluarlah kamu daripada lembah dosa dalam UMNO.




Ini kenyataan bodoh si Muhyiddin: "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam PAS). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam PAS. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa.,"




Muhyiddin kenalah tahu, itu teguran seorang abang kepada adiknya dan anaknya. Kenapa dia mahu masuk campur urusan keluarga orang lain sedangkan masalah keluarga sendiri hiruk-pikuk.




Muhyiddin hanya bersuara bila ada parti lawan bermasalah tetapi untuk rakyat terus berdiam diri. Kenyataan yang tidak berapa cerdik pula menyusul dari Muhyiddin: …..secara zahirnya PAS nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan ada yang tidak dengan cadangan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan Umno.




Kenyataan beria-ia Muhyiddin itu menunjukkan sebenarnya UMNO yang mahukan perpaduan sedangkan UMNO jugalah yang memecah belahkan perpaduan kaum: …banyak pihak di dalam PAS memandang sepi usaha Umno untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara kedua-dua parti itu.




UMNO kata mahu kukuhkan Islam sedangkan UMNO sendiri yang menolak Islam. Cakap-cakap orang UMNO seperti cakap orang munafik.




Selain TPM, Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi pula bersuara entah datang dari mana tiba-tiba bersuara mengatakan: "Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.




Zahid Hamidi harus sedar yang dia sebelum ini bersekongkol dengan Israel dalam isu perang. Sememangnya tidak ada kemaluan Naib Presiden UMNO ini.


Kijang59

0 comments