http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Azmin bidas wartawan!

Posted by Love Perak | Thursday, October 22, 2009 | 0 comments »

Gegak gempita media pro kerajaan BN menulis dan memberikan andaian kearah melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat dari isu yang kecil akan diperbesarkan,dari cerita yang pendek akan diperpanjangkan semata-mata mencetuskan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang telah menjadikan mereka melarat di 5 buah negeri.

Terkini,tindakan media Haprak Umno yang cuba mencetuskan dibenak pemikiran rakyat negara ini bahawa Azmin Ali mempunyai krisis dalam parti terhadap Zaid Ibrahim,yang memaksa Zaid mengambil cuti panjang dan mungkin memikirkan untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam PKR.

Semasa diajukan soalan oleh wartawan,"Apakah beliau mempunyai krisis dengan Datuk Zaid?"beliau lantas menjawab,"Memang kami ada krisis,tapi bukan antara saya dengan Datuk Zaid,kami berkrisis dengan kamu (wartawan) yang sentiasa menabur fitnah dan melaga-lagakan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat."Tegas sdr Azmin.

Sebenarnya Datuk Zaid bercuti kerana ada misi yang lebih besar yang dipertanggungjawabkan kepada beliau iaitu untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Dalam tempoh enam bulan tersebut Datuk Zaid akan meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Beliau kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini.

0 comments