http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar Tewas Lagi

Posted by Love Perak | Friday, October 23, 2009 | 0 comments »

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/anwar-fr-jeff-ooi.jpg

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi agar pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kes liwat kepada beliau.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak bantahan awal Anwar bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara menolak bantahan Anwar itu setelah memutuskan bahawa perintah Mahkamah Tinggi berhubung permohonan pembekalan dokumen berkenaan adalah muktamad dan oleh itu boleh dirayu.

Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Anwar melalui peguamnya Karpal Singh bagi menangguhkan prosiding rayuan sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan hari ini (bantahan awal) di Mahkamah Persekutuan.

0 comments