http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nik Aziz tidak halal dunia akhirat

Posted by Love Perak | Saturday, November 28, 2009 | 1 comments »



Berikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

“Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa”. Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”

“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.

sumber keratan Akhbar, RBF

[[ Dua 'peringatan' penting dari kenyataan Tok Guru diatas..pertama, Tok guru tidak halal dunia akhirat mereka yang menjadi dalang menghalangnya dari menunaikan Haji (Umrah sebenarnya) pada tahun ini, termasuk yang bertindak mencemarkan maruah beliau seolah2 menerima rasuah, adanya agenda tertentu dan sebagainya..

Kedua, Tok Guru membayangkan terdapatnya usaha dari individu/kumpulan yang cuba hendak meruntuhkan kedudukan beliau dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, terutama melalui medium internet! Ternyata tindak tanduk 'mereka' diibaratkan Tok guru seperti ingin meruntuhkan Islam dalam sedar mahupun tidak..

Ini adalah apa yang difahami penulis..terserah pada kalian untuk menilai dan memahami kenyataan Tok guru Nik Aziz diatas, termasuklah sumber berita ini diperoleh ('sumber' tidak menyertakan akhbar manakah yang dirujuk)...apa yang jelas dari berita diatas, Tok Guru jelas kesal terhadap pihak yang cuba men'sabotaj' beliau serta pentadbirannya..beliau juga mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS dari diserang 'musuh' dalam dan luar, samada melalui sebaran internet dan sebagainya...wallahua'lam..]]

1 comments

  1. pria malaya // November 28, 2009 at 10:59 AM  

    terima kasih kerana menyiarkan artikel ini..

    semoga Allah merahmati saudara..

    bersama kearah mengeka Islam dan islah dimuka bumi Malaysia..