http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sah! UMNO Memang Takdak Teloq!!!!!

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 1 comments »

Oleh : albanjari

Sejak minggu lalu, saya tetap mengatakan bahawa itulah permainannya. Jam 8 malam tadi, menjelaskan lagi sohih ketakutan mereka. Caturannya, jika kes Kota Siputeh kecundang kalah, padah besar bagi BN di Perak.

Siapa yang akan lupa tentang kisah bobrok 6 bulan lalu ? 11 May 2009. Ketika Nizar diberi kemenangan di mahkamah tetapi keesokannya, dirampas semula oleh Zambry ! Gara-gara ketakutan bimbang DUN dibubarkan oleh Nizar dan Pilihanraya Negeri diadakan. Begitu juga halnya yang sedang berlaku didepan kita tentang isu DUN Kota Siputeh.

Bukan sedikit blog di alam maya yang telah yakin dan memalu gendang perang untuk PRK Kota Siputeh, bila mendapat berita 'hebat' dari Mahkamah Tinggi 16 November lalu ? Ramai yang terus terpedaya, itulah permainan mereka yang sebenarnya. Mereka akan terus 'membeli masa', janji tidak akan ada PRK. Itu visinya. Kerana plot dramanya itu hampir sama. Rakyat tidak lupa. Yang jelas rakyat terus ditipu. Jamal dan Osman, si bekas Adun PKR tentunya merasa lega. Umno memang tak dak teloq !!

Wak Al-Banjari

1 comments

  1. Putra IJ80 // November 25, 2009 at 10:26 AM  

    Quote"Bukan sedikit blog di alam maya yang telah yakin dan memalu gendang perang untuk PRK Kota Siputeh, bila mendapat berita 'hebat' dari Mahkamah Tinggi 16 November lalu ?"unquote

    Orang masih menaroh harapan,perkara keji tidak berulang.,dgn maksud Undang Undang.,di laksanakan mengikut peraturan yg.di tetapkan,.

    Tapi ia tidak berlaku seperti jangkakan.,maka kita berusaha lah membetulkan keadaan.,agar satu masa nanti KEADILAN dapat di pertahankan.