http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Respek sama MB Khalid!

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 0 comments »

MB lebih utamakan rakyat daripada kontraktor yang mementingkan kepentingan diri sendiri

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata lebih baik beliau berjumpa dengan rakyat yang mempunyai masalah rumah terbengkalai daripada berjumpa pihak yang membuat masalah.

Bagi beliau, kebajikan rakyat lebih diutamakannya daripada ‘melayan’ kehendak pemaju yang gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.

“Saya lebih pentingkan berjumpa dengan rakyat yang menghadapi masalah rumah terbengkalai dan dalam masa sama lebih baik saya tumpukan untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada memberi masa kepada pihak yang tidak menyiapkan kerja,

“Masalah rakyat yang membayar duit pinjaman bank tetapi rumah mereka tidak disiapkan adalah lebih baik diambil berat daripada berjumpa orang yang dapat projek tetapi projek terbengkalai,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Karnival Blok 34 Sri Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd (LBCN), Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasan bahawa Menteri Besar bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah tidak mahu menemui beliau untuk berbincang mengenai permasalahan yang timbul.

Sementara itu, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Khairuddin yang telah melantik peguam untuk menyaman beliau sebanyak RM500 juta.

Namun begitu, beliau berkata, rakyat Malaysia berhak mengemukakan saman kepada sesiapa yang mereka mahu tetapi terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, selaku Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd, Khairuddin akan mengambil tindakan saman malu sejumlah RM500 juta ke atas Abdul Khalid dan Kerajaan Negeri di atas kenyataan yang didakwanya biadab dan tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa.

Terdahulu, kenyataan akhbar Abdul Khalid bertajuk ‘Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat’ didakwa sebagai memfitnah Khairuddin dan menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengemukakan fakta yang tidak tepat serta mempunyai niat jahat untuk mencemarkan imej mahupun kredibiliti syarikat LBCN Development Sdn Bhd



0 comments