http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Jaya Supermarket SS14 Runtuh, Masih ada yang terperangkap

Posted by Love Perak | Thursday, May 28, 2009 | 0 comments »



Bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya ranap selepas operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang ini.

Bangunan tersebut, yang ingin diganti dengan projek pembinaan baru, masih lagi terus runtuh sekeping demi sekeping, lapor laman web The Star.

Enam atau tujuh pekerja pembinaan masih lagi terperangkap, setakat ini, di mercu tanda terawal di daerah tersebut.

Sebelumnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan seorang pekerja dan mengejarkannya ke hospital.

Beberapa pekerja lagi dilihat sedang mendapat rawatan perubatan berdekatan tapak kejadian.

Menurut laporan yang sama, banyak kereta bomba dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, sementara polis menutup kawasan tragedi yang dekat dengan kediaman dan pejabat.

0 comments