"Cepat datang rumah, nenek tenat dan tak sedarkan diri" itu saja yang sempat dinyatakan oleh Mak Su Sarah, ibu saudara Suhaib yang bungsu sebelah Abah.Aku ketika itu baru saja meletakkan kepala dibantal setelah menyelesaikan beberapa urusan.Ku lihat jam menunjukkan 1.50 pagi.Aku segera bersiap-siap dan mengejutkan Suhaib yang sedang tidur lena .Aku mengingatkan diriku beberapa kali supaya jangan panik dan bersangka baik pada Allah SWT serta meminta dari Nya supaya nenek sihat kembali.Aku memandu kereta dengan perlahan walaupun jalanraya lengang ketika itu.
Tiba dirumah nenek, semua adik-beradik Abah telah berada disitu. Ku lihat nenek terbaring , matanya terbeliak keatas dan lidahnya kelu.Nenek tidak kenal kami semua dan beliau tidak dapat bercakap!! Wajah dan tubuh nenek kelihatan bengkak disana-sini. Kak Long, Kak Yah, Kak Jun, Yanti dan Pija asyik menangis saja. Abang Ramli sedang baca Surah Yaasin. Nafas nenek kuat seperti orang berdengkur dan bila ku pegang jari-jemarinya, sukar untuk ku menarik semula dari pegangannya. Kami bergilir-gilir membaca Surah Yaasin yang boleh menjadi ubat bagi memberi ketenangan spiritual pada orang yang sedang sakit.......
Perlahan-lahan ku perhatikan mata nenek tertutup dan dengkurannya menjadi perlahan.Pernafasannya kembali normal walaupun jari-jemarinya masih kelihatan kejang.Nenek baru saja pulang dari wad kerana rawatan kencing manis di HUKM selama hampir tiga minggu. Doktor benarkan nenek pulang untuk berehat beberapa hari dirumah...
Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Walaupun hati ini masih curiga dengan perubahan itu, mataku tidak lepas memerhatikan dada nenek yang masih berombak perlahan ...sambil berdoa supaya beliau akan terus diberi kehidupan oleh Yang Maha Esa, Allah SWT.
(Beberapa orang SB yang mengiringi kepulangan Abah)
Selepas Solat Subuh di pagi Ahad 24 Mei itu, aku minta diri pulang ke rumah untuk menguruskan kepulangan Abah dari Kem Kamunting.Aku memohon pada Allah supaya mepermudahkan segala urusanku. Aku berurusan dengan Kem, dan menyedari hari itu hari Ahad, terpaksalah bersabar dengankerenah warden yang menyambut panggilan ku. Kem meminta ku menghubungi Bukit Aman, namun beberapa nombor yang di beri, tidak memberi sebarang respon terhadap panggilanku....
Akhirnya aku teringat satu nombor kepunyaan seorang SB yang pernah diberikan oleh seorang bekas tahanan ISA yang telah bebas. Aku hubungi nombor itu dan SB tersebut telah memaklumkan permintaanku supaya Abah dibenarkan pulang menziarahi ibunya yang sedang tenat.
Seperti yang telah dijanjikan , Abah dapat pulang untuk menziarahi ibunya. Lebih 10 orang polis berpakaian biasa "mengiringi" kepulangan beliau.Semua adik-beradik dan saudara mara yang hadir ketika itu, sebak dan ramai yang menangis melihat Abah...... Mereka sedih kerana tahanan ISA yang lain semuanya telah dibebaskan, tetapi Abah masih lagi terus menerus dikurung di Kem......
(Abah sedang duduk disebelah nenek )
Nenek kelihatan baring tak bermaya...namun, kami semua terkejut bila saja Abah tiba dari Taiping, beliau kelihatan begitu segar dan mampu bercakap kembali!!.Alhamdulillah !!! Nenek minta duduk disebelah dan makan bersama Abah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulut nenek. Ku perhatikan beberapa orang jiran yang datang, mengesat mata masing-masing melihat keadaan dua beranak itu....
Abah dibenarkan berjumpa nenek selama sejam . Ketika lawatan seperti ini, semua adik beradik dan juga Suhaib dapat bersalaman dan memeluk Abah. Suasana pertemuan itu gembira berbaur sedih. Gembira kerana dapat bertemu namun rasa sedih... lebih lagi dirasakan kerana selepas itu, Abah terpaksa dibawa keluar dari rumah untuk bermalam di salah sebuah balai Polis di Kuala Lumpur...
Keesokan harinya iaitu hari Isnin, Abah dibenarkan melawat nenek untuk kali kedua selama sejam dan selepas itu beliau terus dihantar pulang ke Kem tahanan ISA di Kamunting, Perak.
p/s: tak sabar nak tunggu PR pegang kerajaan dan hapuskan ISA
salam... simpati dengan mereka ditangkap tanpa bicara... ditangkap kerana belum tentu salah nya... sial punya kerajaan...