http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kerajaan Rakyat Digulingkan, Kerajaan Mahkamah Ditegakkan

Posted by Love Perak | Thursday, May 28, 2009 | 0 comments »

Pakar undang-undang, ahli akademik, ahli politik, NGO dan rakyat kesal dengan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak kerana ia bertentangan dengan kehendak 53% rakyat negeri itu yang telah memilih Nizar Jamaluddin melalui Pilihanraya.

Sebuah NGO, Aliran menyifatkan keputusan itu dibuat melalui percaturan dan manupulasi; yang mana doktrin pengasingan kuasa telah dikorbankan demi permainan politik.

Naib Presiden PAS Husam Musa pula mendakwa keputusan tersebut telah diatur terlebih dahulu- satu rumusan yang tidak mampu disangkal ramai.

Rata-rata pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan kekecewaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz pada 11 Mei lalu yang mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak memeranjatkannya disebabkan oleh beberapa faktor. Pakatan Rakyat memang sudah menjangkakannya berdasarkan atas keputusan-keputusan kehakiman sejak beberapa tahun yang lalu.

Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang menjelaskan orang ramai yang datang ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan penghakiman dalam kes Zambry lawan Nizar tidak percaya bahawa keseluruhan sessi tersebut telah tamat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

"Kita merasa sedih dan amat memalukan kerana keputusan yang dibuat dalam 5 minit adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," kata peguam Razlan Hadri Zulkifli.

Beliau juga menegaskan bahawa hakim sepatutnya membaca penghakiman bertulis dan bukan membuat penghakiman secara lisan yang mengambil masa hanya 5 minit.

Menurut Profesor Undang-undang perlembagaan Aziz Bari, pendekatan mahkamah yang mengutamakan hal-hal teknikal tidak menepati sifat perlembagaan sebagai sebuah instrumen demokrasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

-dipetik dari-
Suara Keadilan
26 Mei - 2 Jun 2009

0 comments