“Maka terceteranya asal usul nama Perak yang berkaitan dengan logam perak dan Sungai Perak di Chegar Galah yang terdapat ikan berwarna putih seperti perak.
Juga dikisahkan proses pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara.”
Diatas ialah petikan daripada Sejarah Negeri Perak. Ini menunjukka betapa uniknya negeri Perak. Lihatlah betapa ketenangan dan kebebasan yang dapat dicari di negeri Perak digambarkan dengan ikan yang berwarna putih itu. Tetapi peristiwa-peristiwa yang berlaku dari bulan Februari 2009 hingga kini amat menyedihkan hati kita semua terutamanya rakyat negeri Perak.
Dilihat juga betapa masyhurnya negeri Perak dengan bijih timah sehingga adanya Negara-negara seperti Belanda dan Siam inginkan negeri Perak pada satu masa lalu. Kekayaandan kelebihan ini sudah tercemar akibat daripada kerakusan beberapa pihak yang mahukan kuasa dan sanggup mengabaikan rakyat.
Terharu bila dilihat pada hari ini bagaimana semua kaum di negeri Perak bekerjasama dalam menghadapi dugaan ini. Hari ini mogok lapar pun telah dicemari. Walaupun begitu semua pihak masih mengamalkan perpaduan dan toleransi untuk melakukan mogok lapar bagi membolehkan DUN dibubarkan. Peristiwa ini bagaikan kematian ikan-ikan yang bebas pada satu masa lampau. Inikah yang kita mahu?
Pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bagi diperlukan bagi proses pembinaan Negara . Jangan kita tersungur lagi seperti di Melaka kepada Portugis akibat daripada tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkaliber.Oleh itu kita perlukan semangat jatidiri serta kegigihan penting untuk menegakkan sesebuah Negara.
Artikel Oleh : loveperak.blogspot.com
0 comments
Post a Comment