http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Penipuan Aminah Terbongkar

Posted by Love Perak | Tuesday, May 26, 2009 | 0 comments »

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin mengganggap tindakan Aminah sengaja memerangkap beberapa bekas rakan beliau ketika bersama dalam Keadilan dahulu adalah taktik kotor yang bertujuan menarik perhatian media.

“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.
“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.

Chia dan Peter kawan lama dalam PKR menjelaskan bahawa mereka di jemput ke rumah Aminah untuk berbual-bual dan tidak menyangka bahawa ianya adalah tujuan Aminah untuk memerangkap mereka dalam tape.Namun ada kenyataan Aminah mahu kembali kepada PKR tidak di masuk kan ke dalam tape berkenaaan dan di edit.malah menurut mereka berdua memang mereka bergurau jika menang nanti boleh dilantik sebagai DCM1 menggantikan Fairus.

‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.

Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat.

‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa dan bukan besar.

p/s: hahaha..aduyai aminah oii...anda boleh bungkus dan balik rumah la...

0 comments